6 PERKARA MENDORONG PERBUATAN MENGUMPAT.
BISMILLAHIR ROHMANNIRROHIM………….
SIKAP suka MENGUMPAT atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain, adalah DILAKNAT ALLAH SWT… Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar….
Firman Allah S.W.T. bermaksud: “Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu, orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama, supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu.” (Surah al-Hujurat ayat 6)….
Sabda Rasulullah S.A.W. seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah r.a. bermaksud: “Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang… Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai-beraikan di antara sesama saudara, dan mencaci orang yang tidak bersalah.”….
Imam al-Ghazali rahimahullahu ta’ala ada menyebut 6 perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat:
1. Ingin memuaskan hati, disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain… Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam;
2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang;
3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan rendah;
4. Disebabkan dengki, dia iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat;
5. Secara bergurau mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain;
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain..
Imam al-Ghazali juga menyarankan cara2 untuk menghentikan sikap suka mengumpat,antaranya ialah:
1. Harus sedar dan insaf mengumpat dan memburuk-burukkan orang lain itu berdosa besar;
2. Sedar dan membetulkan kesalahan sendiri daripada menyalahkan orang lain;
3. Hendaklah berasa malu apabila memperkatakan hal kecacatan orang lain…. Ini kerana mencela kecacatan fizikal seolah-olah mencerca Tuhan yang menciptakan…..
No comments:
Post a Comment