Di Antara Tidur Yang Mendapat Pahala
Antara sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.
Sebelum dan selepas
tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun (doa harian)
tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.
Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
Barangsiapa yang membaca
Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai
mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah
33 kali, Allahuakbar 33 kali.
Baca 4 Qul (An-Nas,
Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun)Â tiup ke tapak tangan dan sapu ke
seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian
baca bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca
bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya
terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan
jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
Niat untuk bangun
Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah
dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung
daripada sihir dan buatan orang.
Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
Maafkan semua kesalahan
manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.
Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.
Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.
Banyak lagi sunnah Nabi
saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah
daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur. Lebih mudah
daripada buat senaman ringan sebelum tidur.
Pesan Nabi saw, dilarang
tidur meniarap terutama lelaki. Sekiranya tidur dengan kain pelikat,
ikat hujung kain supaya tidak menimbulkan fitnah.
Tutup aurat ketika
tidur. Kenapa ya? Lelaki yang tidur meniarap, di bawahnya Syaitan/ Jin
Betina. Tidur bogel atau tidak menutup aurat akan menghindarkan Malaikat
Rahmat dan mengundang makhluk lain. Sekiranya bersetubuh tanpa membaca
doa, Syaitan/Jin akan bersama-sama menjamah isteri kita. Kemungkinan
besar benih yang masuk bercampur dengan benih-benih Syaitan/Jin. Jadi
jangan marah kalau anak-anak ikut perangai bapa-bapa angkat mereka
ketika kita bersetubuh dulu.
Imam Bukhari dan Muslim
meriwayatkan daripada Aisyah bahawa Nabi telah bersabda : Jika salah
seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah kamu tidur sehingga
hilang rasa mengantuk. Jika seseorang bersembahyang ketika mengantuk
berkemungkinan dia membaca istighfar sedangkan sebenarnya dia sedang
mencaci dirinya sendiri.
Islam mementingkan tidur
dan rehat agar ibadat dan aktiviti seharian dapat dilakukan dengan baik
dan seimbang . Malah tidur dapat menentukan kesihatan dan menghasilkan
kecergasan dalam diri seseorang . Bukan itu sahaja , tidur bagi seorang
muslim juga dikira sebagai satu ibadat sekiranya ia memenuhi adab-adab
dalam Islam antaranya : -
1. Berwuduk
Sebaik-baik gosok gigi
anda sebelum masuk tidur . Malah biasakan diri untuk mengambil wuduk
sebelum tidur kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati . InsyaAllah
tidur anda akan sentiasa dilindungi daripada gangguan syaitan dan iblis .
2. Perut Tidak Terlalu Kenyang
Pastikan perut anda
tidak terlalu kenyang ketika mengambil makan malam. Bukan sahaja tidak
elok untuk kesihatan malah boleh menyebabkan perut anda cepat rasa sebu .
Perut yang kenyang juga boleh menyebabkan anda cepat berasa mengantuk
mahupun menghadapi masalah sukar untuk bangun.
3. Mengingati Kesilapan
Sebaik sahaja anda
meletakkan kepala ke bantal , cuba anda ingat semula perkara yang telah
anda lakukan sepanjang harian. Sekiranya anda melakukan perkara-perkara
yang baik, tingkatkan keazaman untuk terus mengekalkan perbuatan yang
baik. Tetapi sekiranya anda banyak melakukan kesilapan dan perbuatan
mungkar, berazamlah untuk berubah dan beristighfar memohon keampunan
daripada Allah S.W.T.
4. Membaca Doa dan Surah Tertentu
Ketika ingin melelapkan
mata, amalkan membaca doa atau surah-surah tertentu terlebih dahulu.
Pastikan kedudukan tidur anda mengiring ke kanan dan seeloknya menghadap
ke kiblat.
Rasulullah S.A.W sering
mengamal membaca surah Al Ikhlas, Al Falaq dan Al-Nas dan kemudiannya
dihembuskan bacaan itu di kedua-dua belah tangannya lalu digosok ke
seluruh badannya di mana tangannya dapat sampai. Bacaan dan perbuatan
baginda ini diulang sebanyak tiga kali berturut-turut.
5. Berazam Untuk Bangun Awal
Anda juga digalakkan
untuk membaca surah Al-Kausar sebanyak tiga kali sambil berniat di dalam
hati mahu bangun awal. Berazam untuk bangun awal bagi membersihkan diri
dan menunaikan solat subuh .
6. Bangun Pagi
Setelah terjaga dari
tidur pada waktu paginya , ucapkanlah rasa syukur kepada Allah kerana
telah memanjangkan usia lalu berdoa : Segala puji bagi Allah yang telah
menghidupkan kami sesudah mematikan kami . KepadaNya kami akan
dibangkitkan. Kemudian lakukan sedikit regangan untuk melonggarkan
otot-otot badan.
*Sumber dari halimislam.blogspot.com
No comments:
Post a Comment