30 Nasihat Imam As-Syafie yang menyentuh hati
1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
2. Perbanyakan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakan menyebut hal akhirat daripada menyebut hal dunia.
3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
4.
Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar dimana sabar
itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan
adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana
syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukur.
5.
Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara
kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia
disaksikan oleh malaikat dan dicintai Allah.
6.
Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi
racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan
bala tenteranya.
7.
Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah SAW juga tergolong sebgai anak
yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan
mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
8.
Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letih
dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia
dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas
dosa-dosa kamu.
9. Banyakkanlah beramal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung daripada serangan iblis.
10.
Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia
ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berkat, ia juga memberi kejayaan
dan kemenangan.
11.
Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba
merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu
dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat,
istiqamah, bertatasusila ataupun berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
12.
Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati
penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan disisi Allah.
14.
Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian
lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkan lah jawapan yang
adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang
tidak berbelah bagi.
15.
Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah,
sekurang-kurangnya dengan mengucapkan “Auzubillahi
minassaitathanirrajim”. Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan
datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah Taala hendak
menguji keteguhan sabar kita, hendak menguji keteguhan sabar kita,
hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan
itu lebih hebat daripada perang sabil.
16.
Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang
lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
17.
Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya
empayar kerajaan dirimu tegak diatas al-haq yang tidak disertai oleh
iringan-iringan pasukan kebatilan.
18.
Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan
lari ketakutan dan mengoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
19.
Ketahuilah sebesar-besar kesenangan didunia dan akhirat adalah memberi
maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti
akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
20.
Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap
semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab
menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada
siang hari.
21.
Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu
cemerlang didunia dan akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan
orang soleh.
22.
Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu
mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan
makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) tanah.
24. Sesiapa yang menjalinkan ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
25.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan
darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
26.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti akan mendapat
pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat
47 yang bermaksud, dan adalah menjadi hak (tanggungjawap) kami untuk
menolong orang yang beriman.
27.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat
pembelaan daripada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj
ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
28.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti
akan menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi
memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah
al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi
orang-orang yang beriman.
29.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan
jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54
yang bermaksud “Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman
kepada jalan yang lurus.
30.
Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh
rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan
perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A’raf ayat 96
yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami
akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya
mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan
perbuatan mereka.
Sumber:
Internet: http://www.quranexplorer.com/quran/
buku: Imam Syafie, “Pejuang Kebenaran”, Abdul Latip Talib
buku: 30 Wasiat Imam Syafie, Khairul Ghazali
No comments:
Post a Comment