Agama Yahudi
—————————————
Ustaz Ahmad Faisal b. Ab.
Hamid
Fellow MANHAL PMRAM
Kaherah, Mesir.
—————————————
Firman Allah Taala yang
bermaksud :
"Sesungguhnya kami
telah mengambil perjanjian dari bani Israil,dan telah kami utus kepada mereka
para rasul.Tetapi setiap datang seorang rasul kepada mereka dengan membawa apa
yang tidak diingini oleh hawa nafsu mereka, (maka)sebahagian dari para rasul
itu mereka dustakan dan sebahagian yang lain mereka bunuh". (al-Maidah :
70)
Firman Allah Taala yang
bermaksud :
"Maka kecelakaan yang
besarlah bagi orang-orang yang menulis Al-Kitab dengan tangan mereka sendiri,
lalu dikatakannya "Ini dari Allah" , (dengan maksud ) untuk
memperoleh keuntungan yang sedikit dengan perbuatan itu. Maka kecelakaan
besarlah bagi mereka, akibat dari apa yang ditulis oleh tangan mereka sendiri,
dan kecelakaan besarlah bagi mereka akibat dari apa yang mereka kerjakan".
(al-Baqarah : 79)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang
bermaksud : "Berbicaralah mengenai Bani Israil dengan seluas-luasnya.
Sesiapa yang mendustakan ke atas ku secara sengaja , maka dia telah menempah
tempat tinggal di dalam neraka".
Bagi mereka yang ingin
mengkaji Agama Yahudi, masyarakatnya dan yang berkaitan dengan permasalahan
keagamaan Yahudi, mereka tidak akan temui jawapan yang sempurna dan terperinci
melainkan dengan melalui penghayatan terhadap kitab perjanjian lama. Di dalam
kitab tersebut mengandungi lembaran-lembaran sejarah kelahiran dan perkembangan
Bani Israil. Maka dengan ini si pengkaji dapat memahami keperibadian seseorang
yang beragama Yahudi dalam semua aspek kehidupan keagamaan dan politik.
Golongan sarjana pengajian
perbandingan agama yang terdiri dari orang-orang Yahudi dan selainnya telah
bersepakat bahawa kitab perjanjian lama yang berada di tangan kita sekarang
bukannya sebuah kitab yang asal dan tulen seperti yang pernah diturunkan oleh
Allah kepada Nabi Musa a.s. Sepanjang perjalanan sirah Orang-orang Yahudi ,
mereka begitu berpegang dengan Taurat dan ajarannya walaupun golongan sarjana
Yahudi telah mengiktiraf kepalsuan kitab Taurat mereka. Inilah yang menjadi
kehairanan kepada diri saya sehingga memaksa saya mengajak para pembaca
berfikir sejenak untuk mencari jawapan di sebalik permasalahan ini.
Saya berpendapat bahawa ia
tersirat di sebalik kebanggaan orang-orang Yahudi iaitu mereka adalah
"Bangsa Allah yang terpilih". Manakala bangsa yang lain hanya
diciptakan untuk berkhidmat kepada mereka. Justeru itu, tidaklah hairan jika
kita dapati hidup berasingan merupakan satu tradisi dan kebanggaan bagi mereka.
(Sesungguhnya kamu adalah bangsa yang suci bagi tuhan kamu dan kamu dipilih
oleh tuhan untuk menjadi ummat yang khusus di kalangan semua bangsa di muka
bumi) Safar pengulangan 7/16.
Jadi, dari sini dapatlah
diketahui rahsia yang menjadi pendorong
kepada bangsa Yahudi agar berpegang teguh dengan kitab Taurat atau dengan kata
lain kitab Taurat berjaya menghimpun bangsa Yahudi untuk menghayatinya dan
menjadi satu bangsa yang mempunyai keperibadian yang berbeza dari bangsa lain.
Kajian mengenai ilmu sejarah
keagamaan memberi kesan yang amat mendalam dalam membentuk sesebuah masyarakat.
Ini kerana ilmu tersebut merupakan kunci bagi kita memahami akan pegangan
aqidah yang dianuti oleh sesebuah masyarakat.
Melalui kertas kerja yang ringkas
dan tak seberapa ini, saya akan cuba memperkatakan mengenai sejarah kelahiran
dan perkembangan Bani Israil, kitab-kitab suci seperti Taurat, beberapa
permasalahan perbandingan mazhab dan aliran yang menjadi anutan dalam agama
Yahudi dan penyelewengan serta pendirian Islam terhadap permasalahan ini. Saya
berharap dengan perbincangan ini dapatlah memberi sedikit gambaran agama Yahudi
dan penyelewengan serta tabiat semulajadi orang-orang Yahudi.
Buat akhirnya, saya
memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dapat menyiapkan kertas kerja ini
dan tidak lupa juga kepada isteri saya yang banyak membantu saya.
Wassalam.
Ustaz Ahmad Faisal b. Ab.
Hamid
Fellow MANHAL PMRAM
MAKNA KALIMAH YAHUDI, IBRANI DAN ISRAEL.
1. YAHUDI
Kalimah Yahudi dinisbahkan
kepada anak yang ke-4 bagi Nabi Yaacob a.s yang bernama Yahouza dan ia juga
merupakan salah satu daripada puak-puak Bani Israel. Gelaran ini mula terkenal
selepas daripada keutuhan kerajaan Yahouza pada tahun 586 sebelum masehi.
Kemudian kalimah Yahudi diitlakkan kepada mereka yang menganut agama Yahudi
atau agama Musa. Menurut pengarang dalam kitab yang menjelaskan makna Yahudi
ialah "Yahudi adalah agama yang dianuti oleh kaum Bani Israel semenjak
dari zaman Nabi Musa a.s. Ini diambil dari kata-kata Nabi Musa
"Sesungguhya kami kembali kepada-Mu wahai Tuhan". Mereka adalah umat
Nabi Musa dan kitab suci mereka bernama Taurat.
2. IBRAN
Adapun makna kalimah Ibrani ialah nama bagi
kabilah yang sampai nasabnya kepada Saam Bin Nuh. Daripadanyalah terbentuk
sebuah ummah yang besar dinamakan keturunan Saam. Terdapat lapan jenis bangsa
yang lahir daripada keturunan Saam iaitu Ashour, Babil, Finique, Aram, Kan'an,
Kaldan, Ibrani dan Masri.
Terdapat perbezaan pendapat
di kalangan ahli sejarah mengenai asal usul nama kabilah ini. Ada yang
mengatakan ianya diambil sempena dengan nama moyang Nabi Ibrahim iaitu Aabir.
Pendapat kedua pula mengatakan ianya adalah satu gelaran yang diberikan kepada
Nabi Ibrahim kerana dia adalah orang pertama menyeberangi Sungai Furat.
Manakala pendapat yang ketiga sepertimana yang disebut oleh Dr Ahmad Syalabi
bahawa gelaran Ibrani yang diberikan kepada Nabi Ibrahim serta pengikutnya
kerana mereka hidup berpindah-randah dan sentiasa merentasi padang pasir dan
gurun untuk mencari rumput bagi ternakan laut.
3. ISRAEL
Israel ialah kalimah Ibrani yang membawa
maksud "kamu mengalahkan Tuhan". Ia adalah gelaran yang diberikan
oleh Tuhan-tuhan orang-orang Yahudi yang bernama Yahwu kepada Nabi Yaacub selepas Nabi Yaacub dapat
mengalahkan Tuhan di dalam pergaduhan di antara mereka berdua. Yahwu
berkata : "selepas ini, jangan lagi
kamu dipanggil dengan nama Yaacub malah panggillah Israel kerana kamu
bersungguh-sungguh dan telah mengalahkan aku". Safar pembentukan alam 32/28.
SEJARAH KELAHIRAN YAHUDI
Agama Yahudi walaupun ianya
salah satu daripada agama langit namun ianya amat berbeza daripada dua
saudaranya Nasrani dan Islam. Ini dapat dilihat daripada hubungan di antara
sejarah dan ajaran agama Yahudi.
1. Agama Yahudi diperingkat
awalnya lahir dibumi Palestin dan persekitarannya yang merangkumi Iraq, Mesir,
Jordan, Syria dan Lubnan. Kawasan ini juga dikenali dengan nama Antara dua
Sungai, Furat dan Dajlah. Kawasan ini berada di suatu kedudukan yang paling
strategik di mana ia menghubungkan antara tiga benua; Asia, Eropah dan Afrika.
2. Penduduk asal kawasan ini
terdiri daripada beberapa kabilah yang datang dari Semenanjung Arab dan
pulau-pulau di persisiran laut Mediterranian.
3. Pada tahun 3000 sebelum
masehi, satu kabilah yang bernama Finique telah berhijrah dari Semenanjung Arab
menuju ke Utara kawasan di antara dua sungai dan menetap di sana. Ia terkenal dengan nama Lubnan. Pekerjaan
yang dilakukan oleh orang-orang Finique ialah nelayan, perniagaan melalui laut
dan membina kota-kota besar.
4. Pada tahun 2500 sebelum
masehi, sebuah kabilah yang bernama Kan'an juga telah meningalkan Semenanjung
Arab kerana kemarau yang panjang dan menuju ke barat sungai Jordan serta menetap di persisiran sungai tersebut.
Kawasan yang didiami oleh orang-orang
Kan'an dikenali dengan nama Bumi Kan'an .
5. Sebuah kabilah yang
datang daripada kepulauan Creat di lautan Mediterranian yang bergelar Palestin
telah berhijrah ke bumi Kan'an dan menetap di satu kawasan yang bernama Yafa
dan Ghaza. Ini berlaku pada tahun 1200
sebelum masehi. Telah berlaku perkahwinan campur di antara kabilah Palestin
dengan orang-orang Kan'an yang berketurunan Arab dan akhirnya mereka dikenali
dengan orang Palestin dan Tempat tinggal mereka dikenali sebagai Tanah
Palestin.
6. Adapun orang-orang Aram
yang asalnya menetap di bumi Iraq telah meninggalkan tanahair untuk mencari
satu penempatan baru. Akhirnya mereka telah menetap di tanah Syria dan
menjadikan Damsyik sebagai ibu negara mereka dan bekerja sebagai petani dan
peniaga. Di dalam kitab suci Yahudi, orang-orang Aram dikenali sebagai orang
Syiria.
7. Di utara Semenanjung
Arab, terdapat sebuah negara yang bernama Madyan. Ia adalah penghubung antara
Mesir, bumi Kan'an dan Semenanjung Arab. Pada ketika itu, Madyan adalah medan
peperangan di antara Mesir dan Babylon kerana ia merupakan gurun Sahra' yang
menjadi pintu masuk kepada tanah Palestin dan tanah sekitarnya.
8. Sebuah Kabilah yang
bernama Haxsos berketurunan Arab telah menuju ke negara Mesir disebabkan oleh
kemarau yang panjang menimpa mereka dan telah menawan kerajaan Mesir pada
ketika itu disebabkan oleh lemahnya tampuk pemerintahan mereka . Mereka telah
memerintah 2098 sebelum masehi hinggalah ke tahun 1587. Di sepanjang
pemerintahan mereka, berlaku beberapa peperangan untuk merampas kembali
pemerintahan negara mereka daripada tangan orang-orang Haxsos. Peperangan
tersebut berlaku pada akhir pemerintahan kerajaan Mesir yang berpusat di Luxor.
9. Di akhir pemerintahan
Haxsos, seorang panglima yang bernama Ahmash telah berjaya menghalau
orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir dan mengasaskan keluarga yang ke-18
kembali memerintah Mesir.
10. Sepanjang tempoh
pemerintahan orang-orang Haxsos ke atas negara Mesir, ketika itulah Bani Israel
hidup dengan mendapat keistimewaan daripada kerajaan Haxsos dan mereka telah
ditempatkan di suatu tempat yang terletak di sebelah timur Sungai Nil. Apabila
kerajaan Mesir memerintah kembali negaranya, Bani Israel tidak lagi mengecapi
keistimewaan yang pernah dikecapi suatu masa dahulu dan akhirnya mereka keluar
dari negara Mesir dengan diketuai oleh Nabi Musa a.s.
11. Di antara kabilah yang
datang ke kawasan ini (antara dua sungai) ialah kabilah Ibrani (kalimah Ibrani
bermaksud Nabi Ibrahim dan anak-anaknya selain daripada Nabi Ismail a.s dan
keturunannya).
12. Nabi Ibrahim a.s
dilahirkan di Iraq. Bapanya bernama Azar bekerja sebagai pembuat patung dan
menjual kepada penyembah berhala. Melalui hidayat Allah SWT Nabi Ibrahim telah
dipilih untuk membawa risalah Tauhid kepada kaumnya. Malangnya risalah yang
dibawa telah mendapat tentangan yang hebat dari kaumnya sendiri sehinggalah
Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup. Akhirnya Nabi Ibrahim terpaksa berhijrah
bersama isterinya Sarah, dua anak saudaranya Luth dan beberapa teman serta
pengikutnya meniggalkan negara Iraq.
13. Dalam perjalanan mencari
tempat untuk menyambung kehidupan, mereka telah menuju ke bumi Syria kemudian
meneruskan perjalanan mereka ke bumi Kan'an dan selepas itu ke bumi Palestin.
Di sepanjang perjalanan mereka hanya menternak dan mengembala binatang.
14. Selepas beberapa ketika,
Nabi Ibrahim a.s bersama isterinya Sarah telah berhijrah ke Mesir yang pada
ketika itu di bawah pemerintahan Haxsos. Mengikut beberapa riwayat, Maharaja
Mesir tertarik dengan kecantikan Sarah apabila dia ingin menghampiri Sarah
tiba-tiba dia menggigil, maka dia merasa bersalah dan mengembalikan semula
Sarah kepada Nabi Ibrahim lalu menghadiahkan pula seorang permaisuri Mesir yang
bernama Hajar.
15. Sarah ialah seorang
isteri yang mandul maka dia mencadangkan kepada Nabi Ibrahim supaya mengahwini
Hajar. Setelah beberapa lama perkahwinan Ibrahim dan Hajar, mereka dikurniakan
seorang putera yang diberi nama Ismail.
Kelahiran Ismail telah menimbulkan rasa cemburu di hati Sarah lantas dia
meminta daripada suaminya agar memisahkan Hajar dan anaknya daripada mereka
berdua.
16. Nabi Ibrahim a.s telah
membawa puteranya yang pertama bersama isterinya Hajar menuju ke suatu tempat
yang tidak mempunyai tanaman dan air. Akhirnya tempat tersebut dikenali sebagai
Baitullah.
17. Selepas 14 tahun
kelahiran Ismail, isteri Nabi Ibrahim
yang pertama iaitu Sarah telah melahirkan seorang putera yang bernama Ishak.
Ishak mempunyai dua orang putera yang bernama Iesu dan Yaacob.
18. Yaacob digelar sebagai
Israel dan mempunyai 12 orang anak.
Daripada merekalah datangnya 12 keturunan Bani Israel. Yaacob juga mempunyai
empat orang isteri iaitu ;-
i- Laiah; anak sulung kepada
bapa saudaranya. Mempunyai enam orang
anak iaitu Raubin, Syam'un, Lawai, Yahouza, Yashaki dan Zabuloun.
ii- Adik kepada Laiah
bernama Rahil (isteri yang paling disayangi oleh Yaacob). Mempunyai dua orang anak iaitu Yusuf dan Bunyamin.
iii- Zalfah; hamba kepada
Laiah. Mempunyai dua orang anak iaitu Jadd
dan Ashir.
iv- Balhah; hamba kepada
Rahil. Mempunyai dua orang anak iaitu Dann dan Naftaley.
BAHASA IBRIAH
19. Sepertimana yang
diketahui Nabi Ibrahim telah meninggalkan Kota Babylon bersama dengan keluarga
dan pengikutnya disekitar tahun 1750 sebelum masehi. Bumi yang pertama dipijak
oleh Ibrahim dan pengikutnya ialah tanah Syria tempat tinggal orang-orang Aram.
Kemudian mereka berpindah lagi menuju ke Selatan sehingga mereka menetap di
Kan'an. Di sepanjang perjalanan tersebut sudah semestinya Nabi Ibrahim a.s dan
pengikutnya bertemu dan bergaul dengan pelbagai kaum dan kabilah. Hasil
daripada itu, lahirlah di Kalgu Bani Israel suatu bahasa yang mirip kepada
orang-orang Aram yang menyerupai dengan bahasa Arab. Penggunaan bahasa ini
kembali kepada tahun 1200 sebelum masehi kemudian ianya telah luput sebagai
bahasa pertuturan dan diganti oleh bahasa Aram pada tahun 200 sebelum masehi.
Selepas daripada itu bahasa Ibrani tidak lagi digunakan melainkan untuk tulisan
dan upacara keagamaan sahaja.
PENGASINGAN BANGSA YAHUDI
20. Jika diperhatikan pada
orang-orang Ibrani (Bangsa Yahudi) selepas penghijrahan mereka daripada tanah
Iraq, didapati mereka ini mempunyai satu ciri yang berbeza iaitu suka
mengasingkan diri ke mana mereka pergi dan menetap. Mereka tidak suka bergaul
dengan kabilah lain malah mereka lebih suka hidup sesama mereka di satu tempat
yang berasingan di antara mereka dan kabilah lain. Mereka tidak akan
membenarkan sesiapa pun samada di kalangan mereka sendiri atau orang lain untuk
menembusi benteng ini. Sebab-sebab pengasingan ini terbahagi kepada dua perkara
:-
i. Perbezaan Aqidah,
orang-orang Ibrani beriman dengan ajaran Tauhid
yang dibawa oleh Nabi Ibrahim. Akan tetapi setengah kabilah dan
kaum lain menyembah berhala.
ii. Perbezaan Pemikiran,
orang-orang Ibrani hidup berpindah randah dan
tidak bertamadun. Berbeza pula dengan kabilah lain yang hidup mene tap,
mempunyai ilmu pengetahuan dan ketamadunan.
21.Tabiat mengasingkan diri
dari orang lain telah menjadi satu kebanggaan kepada orang-orang Ibrani
walaupun mereka mempunyai ilmu pengentahuan dan meninggal cara hidup lama
mereka namun tetap mengamalkan tabiat mengasingkan diri dari masyarakat lain.
Ini dapat dilihat di mana-mana tempat yang mereka tinggal.
22. Sikap mengasingkan diri
ini telah melahirkan natijah yang negatif terhadap mereka dan bangsa lain.
Setelah sekian lama sikap ini meresap ke dalam darah daging orang-orang Yahudi
maka timbullah perasaan tidak tenang di dalam jiwa mereka terhadap bangsa lain.
Mereka sentiasa merasa bahawa bangsa lain akan mengkhianati dan menghapuskan
mereka. Lantaran itulah mereka berterusan merancang dan melaksanakan rancangan
jahat untuk menghapuskan bangsa-bangsa lain demi mengembalikan ketenangan jiwa
mereka. Daripada perancangan jahat mereka ialah ajaran Marxis, Darwin,
Freemason dan lain-lain.
23. Daripada sikap tersebut juga lahir dalam
setiap jiwa orang-orang Yahudi, mereka tidak akan memberi ketaatan kepada
mana-mana pemerintahan melainkan pemerintahan Yahudi sahaja. Mereka sanggup
melakukan apa yang tidak terfikir di akal kita demi ketaatannya kepada bangsa
Yahudi.
BANI ISRAEL DI MESIR
24. Pada kurun ke-17 sebelum
masehi Mesir diperintah oleh bangsa asing yang bernama Haxsos sepanjang tempoh
2098-1857 sebelum masehi. Di sepanjang tempoh pemerintahan Haxsos bangsa Yahudi
telah masuk ke Mesir melalui salah seorang anak Nabi Yaacob a.s iaitu Nabi
Yusuf a.s. Kedatangan Bani Israel ke Mesir telah disambut oleh pemerintah Haxsos
pada ketika itu dengan penuh penghormatan.
25. Bani Israel bersama
dengan bapa mereka Israel (Yaacob) seramai 70 orang telah mendiami satu kawasan
yang bernama Ghasan terletak di bahagian Timur Mesir. Di sepanjang tempoh
mereka berada di Mesir, mereka hanya melakukan pekerjaan yang senang lagi
menguntungjkan seperti mengembala, membuat perhiasan emas dan perak dan
berniaga.
26. Di sepanjang
pemerintahan Haxsos ke atas bumi Mesir, Bani Israel mendapat pelbagai
keistimewaan berbanding dengan masyarakat pribumi. Keadaan ini berterusan
sehinggalah panglima yang bernama Ahmash berasal dari keluarga ke-18 kerajaan
Mesir berjaya menghalau orang-orang Haxsos daripada bumi Mesir.
27. Apabila kerajaan Mesir
diperintah kembali oleh penduduk asalnya.maka Bani Israel tidak lagi mendapat
keistimewaan sebagaimana terdahulu semasa pemerintahan Haxsos. Orang-orang
Mesir mula mencurigai Bani Israel disebabkan oleh :-
i. keistimewaan yang mereka kecapi di zaman
Haxsos telah menim bulkan rasa dengki dan cemburu dihati orang-orang Mesir.
ii. Selepas kekalahan Haxsos, mereka terpaksa
bekerja keras seperti rakyat jelata
Mesir dan tidak mendapat apa yang mereka perolehi di zaman Haxsos
iii sikap mereka yang suka
mengasingkan diri dari masyarakat Mesir
telah menimbulkan rasa curiga di kalangan pemerintah. Ini menye babkan
mereka bangkit memberontak dan menimbulkan kacau bilau terhadap kerajaan Mesir.
28. Orang-orang Mesir
merasakan sikap masyarakat Yahudi yang suka mengasingkan diri dan pertambahan
bilangan mereka telah menjadi ancaman terhadap keselamatan negara. Maka mereka
merancang untuk menghalang perkara tersebut yang mana pada ketika itu Mesir
diperintah oleh seorang Maharaja dari keturunan Diraja yang ke-19 bernama
Ramsis II. Akhirnya kerajaaan Mesir telah mengeluarkan perintah agar mana-mana
anak lelaki yang dilahirkan di kalangan Bani Israel supaya dibunuh bagi
membolehkan perempuan-perempuan di kalangan mereka mengahwini orang-orang
Mesir. Pada ketika itulah lahirnya Nabi Musa a.s.
BANI ISRAEL KELUAR DARI MESIR
29. Setelah berlaku apa yang
kita semua ketahui di antara Nabi Musa dan Firaun maka Nabi Musa a.s meminta
daripada Firaun untuk membawa keluar kaumnya dari bumi Mesir menuju ke suatu
tempat yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.
30. Terdapat perbezaan
pendapat di kalangan ahli sejarah, mengenai keluarnya Nabi Musa dan kaumnya
dari bumi Mesir. Setengah riwayat mengatakan bahawa Firaun mempersetujui akan
permintaan Musa dan setengah yang lain mengatakan bahawa Firaun memaksa Musa
dan kaumnya tinggal di bumi Mesir sebagai hamba.
31. Maka Musa dan kaumnya
telah menuju ke arah timur. Apabila mereka sampai di persisiran Teluk Suez
mereka dapati di hadapan mereka ialah lautan yang terbentang dan di belakang
mereka, bala tentera Firaun mengejarnya. Maka Nabi Musa pun berdoa kepada Allah
lalu berlaku satu mukjizat yang mengkagumkan. Bani Israel dapat menyeberangi
lautan tersebut dengan selamat dan di waktu yang sama Firaun dan bala
tenteranya mati di telan laut.
32. Apabila Musa a.s dan
kaumnya telah menjejaki tebing semenanjung Sinai, maka bermulalah kehidupan
baru bagi Bani Israel. Sudah semestinya kehidupan ini berbeza dari kehidupan
yang lama. Di Mesir terdapat pelbagai kemewahan dan kenikmatan berbeza dari
semenanjung Sinai. Kehidupan mereka boleh dikatakan lasak dan mencabar kerana
di sekeliling mereka dipenuhi oleh batu batan yang panas dan terdedah kepada bahang kepanasan
matahari, lebih-lebih lagi sumber air yang jarang di dapati kawasan tersebut .
33. Bani Israel begitu marah
dengan kehidupan baru mereka lalu
berjumpa dengan Nabi Musa a.s dan meminta daripadanya untuk mengembalikan
semula mereka ke Mesir .
34. Nabi Musa a.s telah
dipanggil oleh Allah untuk bermunajat kepadaNYA selama 30 hari. Sepanjang
pemergian Nabi Musa a.s untuk bermunajat dan menerima Kitab Taurat, Bani Israil
telah dipimpin oleh saudaranya Nabi Harun a.s .
35. Apabila Nabi Musa a.s
terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah, Bani Israel mula meragui
kenabian dan agama yang dibawa olehnya. Salah seorang dari pemimpin mereka yang
bernama Samiri, telah menghimpunkan emas, perak dan barang perhiasan lalu
membentuk seekor anak lembu dan membawa patung tersebut ke hadapan Nabi Harun
a.s. Dia meminta daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban
kepada Tuhan baru mereka.
36. Sekembalinya Nabi Musa
a.s dari bermunajat, dia membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan
panduan kepada Bani Israil setelah dia mendapati kaumnya mensyirikkan Allah
dengan menyembah berhala yang dibuat oleh Samiri.`
35. Apabila Nabi Musa a.s
terlambat pulang dari bermunajat kepada Allah , mulalah Bani Israil meragui
akan kenabian dan agama yang olehnya . salah seorang daripada pemimpin yang
bernama Samiri telah menghimpun emas, perak, dan barang perhiasan daripada bani
Israil dan membentuk seekor anak lembu lantas membawa patung tersebut ke
hadapan Nabi Harun a.s lalu dia meminta
daripada kaumnya supaya menyembah dan menyembelih korban kepada Tuhan baru
mereka .
36. Sekembalinya Nabi Musa
a.s dari bermunajat dengan membawa bersamanya kitab Taurat sebagai ajaran dan
panduan kepada Bani Israil, ia dapati kaumnya telah menyekutukan Allah dengan
menyembah berhala yang dibuat oleh
Samiri, maka dia merasa begitu marah terhadap perbuatan mereka.
37. Nabi Musa a.s dengan
perasaan penuh kecewa telah menghapuskan tulisan-tulisan Kitab Taurat yang
diturunkan oleh Allah kepadanya dan meminta kepada kaumnya supaya bertaubat .
38. Nabi Musa a.s dan
kaumnya merentasi semenanjung Sinai menuju ke Palestin iaitu bumi yang telah
dijanjikan oleh Allah kepada mereka. Bagi memenuhi janji tersebut mereka
dituntut untuk memerangi orang-orang Kan'an iaitu penduduk Palestin tetapi
mereka enggan dan takut untuk berperang kerana mereka telah sekian lama
diasuh dengan kehidupan yang senang dan
hina.
39. Disebabkan keengganan
mereka maka Allah telah menghukum mereka dengan mengharamkan mereka daripada
memasuki tanah suci Palestin yang telah dijanjikan oleh Allah kepada mereka.
40. Bani Israel telah
disesatkan oleh Allah di sebuah padang yang luas bernama Tieh selama 40
tahun. Sepanjang tempoh tersebut Allah telah mematikan mereka yang ingkar
terhadap suruhan Nabi-NYA dan diwaktu yang sama telah wafatlah Nabi Harun a.s
kemudian diikuti oleh Nabi Musa a.s.
41. Setelah kewafatan Nabi
Musa a.s, Bani Israel dipimpin oleh seorang muridnya yang taat dan berjiwa
pahlawan iaitu Yusha' Bin Nun. Dengan
kepimpinan Yusha' dan ketabahan Bani Israel mereka berjaya memasuki tanah
Palestin.
BANI ISRAEL DI BUMI
PALESTIN
42. Bani Israel telah
mendirikan kerajaan mereka di bumi
Palestin selama 500 tahun. Di sepanjang pemerintahan Bani Israel, mereka tidak
pernah merasa aman dan damai melainkan di zaman pemerintahan Nabi Daud a.s dan awal
pemerintahan Nabi Sulaiman a.s selama 50 tahun.
43. Sejarah pemerintahan
Bani Israel di bumi Palestin telah dibahagikan kepada 3 zaman : -
i. Zaman pemerintahan Qadi
(hakim)
ii. Zaman pemerintahan
beraja
iii. Zaman perpecahan dan kehancuran
ZAMAN PEMERINTAHAN
HAKIM
44. Seperti yang telah
disebut di dalam "Safar Al-Qudah" bahawa Zaman Pemerintahan Hakim
selama 4 kurun namun mengikut fakta sejarah ianya hanya 1 kurun sahaja .
Dinamakan Zaman Pemerintahan Hakim kerana yang dipilih di kalangan dua belas
puak Bani Israel mempunyai kuasa tertinggi namun setiap puak mempunyai
kebebasan dan undang-undang tersendiri yang dipimpin oleh ketua mereka yang
tertua. Peranan Hakim hanyalah sekadar menyelesaikan permasalahan yang berlaku
di antara puak-puak yang bertelagah akan tetapi keputusannya tidaklah wajib
dipatuhi oleh mereka. Terpulanglah kepada kepimpinan puak tersebut untuk
menerima atau menolak keputusan yang dibuat.
45. Hakim dipilih di
kalangan pendita-pendita mereka dan tidak disyaratkan ianya seorang lelaki
malah terdapat juga di kalangan Hakim yang memerintah beberapa orang perempuan.
ZAMAN PEMERINTAHAN
BERAJA
46. Pada akhir zaman
pemerintahan Hakim, Bani Israel bangkit memberontak di atas kezaliman yang
dilakukan oleh hakim-hakim yang banyak menerima rasuah. Bani Israel telah pergi
berjumpa dengan seorang Nabi di kalangan mereka yang bernama Syamwildan meminta
daripadanya supaya melantik seorang raja bagi menyatukan puak-puak Bani Israel
yang berpecah belah agar dapat mereka berperang di bawah kepimpinannya di bawah
musuh-musuh mereka.
47. Maka Syamwil denagn
petunjuk Allah telah melantik Thalut sebagai raja dan panglima mereka untuk
memerangi orang-orang Kan'an.
48. Di dalam satu peperangan
yang diketuai oleh Thalut di mana Nabi Daud a.s adalah salah seorang daripada
tentera telah dapat membunuh panglima tentera Kan'an yang bernama Jalut.
Semenjak dari itulah nama Nabi Daud a.s disanjung oleh Bani Israel. Keadaan ini
telah menimbulkan perasaan dendam dan dengki yang membara di dalam hati Thalut
menyebabkan dia bertindak memerangi dan menghalau Nabi Daud a.s.
49. Nabi Daud telah lari
menyelamatkan dirinya lalu bergabung dengan orang-orang Kan'an serta mengambil
peluang di atas kelemahan Bani Israel dengan menyerang mereka. Akhirnya Nabi
Daud a.s berjaya menjadi raja yang ke-2 bagi Bani Israel sepertimana yang
disebut di dalam "Safar Syamwil Yang Ke-2".
50. Nabi Daud a.s telah
memerintah selama 40 tahun. Pada 7 tahun yang pertama dia menjadikan Habron
sebagai pusat pemerintahan. Selepas daripada itu, dia memilih Aour Shyalim sebagai
ibu negara kepada kerajaannya .
51. Zaman pemerintahan Nabi
Daud a.s. adalah zaman yang terbaik di zaman kewujudan Bani Israel di bumi
Palestin. Ini disebabkan oleh 2 unsur utama : -
i.
Kelemahan Maharaja Mesir dan Babylon
ii. Nabi Daud a.s telah mengadakan perjanjian
damai dengan raja Finique yang bernama Hairon.
52. Nabi Sulaiman telah
mengambil alih tampuk pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya. Semasa
pemerintahan Nabi Sulaiman, kerajaan Bani Israel berada di kemuncak
kegemilangannya. Ini disebabkan oleh Nabi Sulaiman telah mengadakan ikatan
kekeluargaan di antaranya dengan Shisyak iaitu raja Mesir.
53. Selepas daripada itu
kerajaan Bani Israel menjadi lemah disebabkan oleh : -
i. Hidup dalam kemewahan dan
suka berfoya-foya.
ii. kezaliman dan kekerasan
daripada kerajaan Nabi Sulaiman.
iii.Terlalu ramai bilangan
isteri dan perempuan-perempuan simpanan
iv.Terdapat beberapa
pemberontakan yang dipimpin oleh Yarba'am.
ZAMAN KEHANCURAN
54. Rahbaam putera Nabi Sulaiman
telah mengambil tampuk pemerintahan selepas kewafatan ayahandanya dan dia
mendapat sokongan dari dua puak iaitu Yahouza dan Bunyamin. Adapun sepuluh puak
lagi enggan memberi sokongan kepada Rahbaam dan melantik Yarba'am yang pernah
mengetuai pemberontakan di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman a.s sebagai raja
mereka. Pada ketika itulah kerajaan Bani Israel telah berpecah dua kerajaan : -
i. Kerajaan Selatan, ibu
negaranya Aour Syalim yang dipimpin oleh
Rahba'am. Negara mereka bernama kerajaan Yahouza.
ii. Kerajaan Utara, ibu
negaranya Nablus, pengasas dan rajanya yang
pertama ialah Yarba'am. Negara mereka dinamakan kerajaan Israel.
KEHANCURAN KERAJAAN YAHOUZA
DAN ISRAEL
55. Pada tahun 721 sebelum
masehi, raja-raja orang-orang Ashur yang bernama Shalman Ashar telah menyerang
kerajaan Israel dan berjaya menawan rajanya Husya' Bin Ilah. Kerajaan Israel
merupakan sebahagian dari tanah kerajaan Ashur.
56. Pada tahun 608 sebelum
masehi, kerajaan Mesir bersama bala tentera yang besar telah menyerang Palestin
dan menawan kerajaan Yahouza. Dalam peperangan tersebut mereka mendapat
kemenangan dan mereka meneruskan serangan ke utara sehinggalah kerajaan Israel
yang berada di bawah taklukan kerajaan Ashur jatuh ke tangan mereka.
57. Kejatuhan kerajaan Israel
ke tangan orang-orang Mesir telah menimbulkan kemarahan Maharaja Bakhtanshar
lalu berlakulah satu pertempuran yang hebat di antara dua maharaja Mesir dan
Babylon. Akhirnya Maharaja Bakhtanshar dapat menawan kembali kerajaan Israel
sekaligus dapat merebut takhta kerajaan Yahouza dari tangan Maharaja Mesir.
Maharaja Bakhtanshar telah membunuh raja kerajaan Yahouza yang terakhir bernama
Sidqia dan menghancurkan bandar Aour Shyalim serta menghalau semua Bani Israel
keluar dari negara mereka. Ini berlaku pada tahun 586 sebelum masehi dan mereka
dikenali sebagai tawanan Babylon.
BANI ISRAEL SELEPAS
KEHANCURAN NEGARA MEREKA
58. Selepas kehancuran
kerajaan Israel dan Yahouza, tiada lagi mereka yang berketurunan Bani Israel di
bumi Palestin. Pada tahun 538 sebelum masehi Kerajaan Babylon telah jatuh ke
tangan orang-orang Parsi. Ketika itu Raja Parsi telah membenarkan orang-orang
Yahudi yang hidup di pelusuk negara Babylon pulang ke tanahair mereka.
59. Kepulangan orang-orang
Yahudi ke negara mereka di zaman pemerintahan Parsi tidak ubah seperti daripada
kepulangan beberapa keluarga untuk menziarahi sanak saudara. Mereka lebih suka
hidup di dalam buangan daripada kembali ke Palestin.
60. Mereka yang pulang dan
menetap di Palestin telah bekerjasama dengan panglima Iskandar Al-Makdoni untuk
menyerang Palestin dan menentang kerajaan Parsi. Selepas kewafatan Iskandar,
Palestin diperintah oleh kerajaan Rom. Di sepanjang pemerintahan tersebut, Bani
Israel bangkit memberontak pemerintah mereka sehinggalah pada tahun 70 masehi
kerajaan Rom telah menghukum mereka dengan memusnahkan kediaman mereka dan
menghalau mereka keluar dari Palestin.
61. Pada zaman pemerintahan
kerajaan Rom ke atas Palestin, lahirlah seruan yang dibawa oleh Nabi Isa a.s
untuk mengajak Bani Israel ke jalan yang benar akan tetapi seruan tersebut
ditolak oleh mereka.
62. Pada tahun 135 masehi
sekali lagi Bani Israel bangkit memberontak menentang kerajaan Rom. Di dalam
pemberontakan tersebut, kerajaan Rom telah membunuh sesiapa sahaja yang mereka
temui dari kalangan Bani Israel. Mereka yang terselamat dari penghapusan etnik
kerajaan Rom telah lari ke serata dunia dan bumi Palestin telah sunyi daripada
Bani Israel.
63. Ketika Saidina Umar r.a.
membuka Baitul Maqdis pada tahun 636 m, tidak seorang pun yang berketurunan
Yahudi berada di kota suci itu. Di antara syarat penyerahan kota suci ke tangan
orang islam ialah tidak dibenarkan seorang pun orang Yahudi mendiami kota suci
ini.
KITAB SUCI ORANG YAHUDI
64. Dikalangan
orang-orang Yahudi terdapat dua kitab
suci iaitu:-
a . Perjanjian lama.
b . Talmut.
65. Melihat kepada pendapat
yang terkuat, kitab perjanjian lama adalah lebih utama dari kitab Talmut
walaupun ada dikalangan sarjana pengajian ilmu ketuhanan mengatakan bahawa
kitab Talmut lebih utama dari kitab perjanjian lama. Namun, saya lebih
cenderung kepada pendapat yang pertama dan akan membicarakan mengenai kitab
perjanjian lama sahaja dengan menyentuh pengamalan terhadap kitab Talmut
66. Kitab Talmut ialah
tulisan tulisan riwayat-riwayat yang dinukilkan daripada pendita-pendita Yahudi
dari generasi ke generasi. Talmut bolehlah dianggap sebagai pentafsilan kepada
ajaran yang terdapat di dalam kitab perjanjian lama.
67. Kitab perjanjian lama
merupakan kitab suci di kalangan orang-orang Yahudi dan Kristian. Namun,
terdapat perbezaan diantara mazhab Katolik dan Prosteston dalam mengiktiraf
beberapa Safar dalam kitab perjanjian lama.
68. Mazhab Katolik
mengiktiraf sebanyak 46 Safar termasuklah 5 Safar Musa yang dinamakan dengan
Taurat. Manakala Prosteston pula, hanya mengiktiraf 39 Safar sahaja termasuk
Safar Musa (Taurat).
69. Kitab suci perjanjian
lama merupakan ajaran, syariat, akhlak, bacaan, doa dan sejarah perjalanan Bani
Israel. Ia terbahagi kepada Safar-safar yang boleh diertikan sebagai
surah-surah di dalam Al-Quran. Selain itu, ia juga terbahagi kepada Al-Ashah.
Beberapa Ashah pada setiap Safar adalah sama pengertian dengan hizib di dalam
surah-surah Al-Quran.
70. Kitab perjanjian lama
terbahagi kepada 4 bahagian utama :-
a . Kitab Musa atau Safar 5 ( Pantateuch ).
b . Safar-safar sejarah.
c . Safar-safar doa dan syair.
d . Safar kenabian.
Saya akan membicarakan secara ringkas mengenai
Safar Musa atau Taurat manakala bakinya akan disebut pengenalannya sahaja. Ini
kerana Safar Musa atau Taurat merupakan kesimpulan ajaran yang dibawa dalam
agama Yahudi.
SAFAR MUSA
71. Safar Musa dikenali
sebagai Safar 5 atau Taurat. Ia adalah sebahagian dari kitab perjanjian lama
dan mengandungi 5 Safar iaitu:-
a . Safar ciptaan alam.
b . Safar penghijrahan.
c . Safar pengulangan.
d . Safar Kaum Lawai.
e . Safar Bilangan.
72. "Safar ciptaan
alam" diberi nama sempena sejarah penciptaan alam, Adam dan Hawa yang
diturunkan ke bumi bersama anak-anaknya setelah memakan pohon yang dilarang. Ia
juga menceritakan tentang Nabi Nuh a.s. dengan peristiwa taufan, Nabi Ibrahim
serta keturunannya Ishak dan Yaakub, Nabi Yaakub dan anak-anaknya, Nabi Yusuf
dan kehidupannya di Mesir dan berakhir dengan kisah kematian Nabi Yusuf a.s.
73. "Safar
penghijrahan" pula mengisahkan tentang keadaan Bani Israel selepas
kewafatan Nabi Yusuf dan kezaliman raja Mesir terhadap mereka. Ia juga
mengandungi cerita mengenai kelahiran Nabi Musa a.s., mukjizat yang Allah
berikan kepadanya, kisahnya yang membawa Bani Israel keluar dari Mesir dan
berjaya menyeberangi lautan sehinggalah
mereka sampai ke timur Jordan. Safar ini juga menceritakan tentang 10 wasiat
yang diwahyukan oleh Allah kepada Nabi Musa sebagai ajaran dan larangan kepada
Bani Israel.
74. "Safar kaum
Lawi" dinisbahkan kepada puak Levi yang mana ia adalah salah satu dari 12
puak Bani Israel. Hasil dari keturunannya, lahir Nabi Musa dan Nabi Harun a.s.
Safar ini merupakan safar yang menceritakan tentang syariat dan perundangan
yang perlu dipatuhi oleh orang-orang Yahudi dalam kehidupan seharian
mereka.
75. "Safar
bilangan" pula bersempena dengan peristiwa Nabi Musa yang membilang
pemuda-pemuda yang berumur dalam lingkungan 20 tahun ke atas selepas mereka
terselamat dari Firaun - Mesir iaitu seramai 603550 orang kecuali pemuda dari
puak Levi.
76. "Safar
Ulangan" pula ialah safar yang mengulangi dan menyempurnakan hukum-hakam
dan syarat yang terdapat dalam safar Levi.
SAFAR SEJARAH
77. Safar Sejarah
mengandungi 16 safar iaitu:-
a. Safar Yasyu'. (Seorang panglima perang yang
telah berjaya membawa Bani Israel masuk ke kota Palestin.)
b. Safar Hakim. (Mereka ialah para hakim yang
memerintah Bani Israel ketika awal mereka berada di bumi Palestin.)
c.
Safar Raja I.
d.
Safar Raja II.
e.
Safar Raja III.
f.
Safar Raja IV.
g.
Safar Hari-hari I.
h.
Safar Hari-hari II.
i. Safar Raaus. (Nenek kepada Nabi Daud dari
sebelah ayahnya.)
j.
Safar Azra.
k.
Safar Nahmia.
l.
Safar Tubia.
m. Safar Astir. (Seorang panglima Israel yang
telah berkahwin dengan raja Parsi dan telah menyelamatkan bangsa Israel.)
n . Safar Yahoudid.
o . Safar Mukabi I.
p . Safar Mukabi II.
SAFAR DOA DAN SYAIR.
78. Safar ini mengandungi 6
safar yang bermula dengan:-
a . Safar Ayub. d . Safar Himpunan.
b . Safar Mazanir. e . Safar Lagu.
c . Safar Pujangga. f . Safar Kesedihan Armia.
SAFAR KENABIAN.
79. Safar kenabian terdiri
dari:-
a. Ashaia.
h. Amus. o. Hiji.
b. Armia.
i. Oubdia. p. Zakaria.
c. Barukh.
j. Yunan. q. Malakhi.
d. Hazkial.
k. Mikha. r. Safar Hikmah.
e. Dania.
l. Nahum. s.Yasyu'Sirakh.
f. Husya'.
m. Hebkuk.
g. Yuail. n. Sofnia.
80. Kitab perjanjian lama
merupakan himpunan cerita-cerita dongeng,kata-kata hikmah,pesanan dan
syariat.Uslub penulisannya berbeza diantara satu safar dengan safar yang
lain.Kadang-kadang ia ditulis dalam bentuk syair ataupun biasa dengan membawa
roh yang menggambarkan penderitaan dan kesedihan.Ia juga kadang-kadang ditulis
dalam bentuk yang ganas dan tidak bertamadun.
BEBERAPA PERSOALAN
PERBANDINGAN.
81.a. Ketuhanan seperti yang
terdapat dalam kitab perjanjian lama.
b. Sifat-sifat tuhan dalam kitab
perjanjian lama.
c. Sifat-sifat para nabi dalam kitab perjanjian
lama.
d. Hari Kiamat.
82. Sesungguhnya semua agama
yang diturunkan oleh Allah menyeru kepada mentauhidkannya. "Sesungguhnya
telah kami utuskan untuk semua ummah para utusan bagi mengajak mereka menyembah
Allah dan menjauhkan diri daripada Thoghut". (Surah al-Nahl : 26).
83. Begitulah peranan para
rasul dan nabi dalam mentauhidkan Allah. Nabi Musa adalah nabi yang pertama
diutuskan oleh Allah untuk umat Israel. Beliau mengajak umat Israel menyembah
Allah dan mengesakan-Nya. Ini jelas terdapat dalam Al-Quran juga At-Taurat
walaupun telah diselewengkan seperti yang disebut di dalam wasiat 10 yang
berbunyi:- "Jangan ada di kalangan kamu tuhan yang lain di hadapanku.
Jangan kamu mengambil patung yang diukir atau sesuatu gambar dan apa-apa yang
ada di langit di atas dan di bawah, di
dalam air dan di bawah bumi. Janganlah sekali-kali kamu sujud kepada
tuhan selain dariKu dan menyembah mereka." -Safar penghijrahan Ishah
ke-20, ayat 3.
84. Kitab perjanjian lama
telah menceritakan kepada kita bahawa Bani Israel tidak berpegang kepada ajaran
yang dibawa oleh Nabi Musa. Contohnya seperti kisah lembu Samiri, mereka tetap
menyembahnya dan mengingkari Allah walaupun Nabi Musa masih hidup. Begitu juga
selepas kewafatan Yusya' bin Nuh, sekali lagi mereka mengsyirikkan Allah.
Mereka telah menyembah apa yang disembah oleh tuhan orang-orang Asyur yang
bernama Ba'lim. Salah seorang raja Bani Israel yang bernama Yusijia telah
membersihkan tempat ibadat mereka dari ribuan berhala dan patung yang disembah
dengan menghancur dan membakarnya. Sekaligus menghalau para pendita yang
mengajak Bani Israel menyembah berhala. Di awal perpecahan kerajaan Israel Yarbaam, raja kerajaan Israel
telah membuat sebuah patung yang berupa anak lembu dari emas tulen sebagai
sembahan dan tempat penyembelihan bagi orang-orang Yahudi untuk mengelakkan
mereka dari pergi ke Our Shalim, ibu negara kerajaan Yahuza yang dipimpin oleh
Yarbaam.
85. Apabila kita membaca
kitab perjanjian lama, kita akan dapati Bani Israel telah beberapa kali mengsyirikkan
tuhan mereka dengan menyembah pelbagai patung sama ada ia dari kaum di
sekeliling mereka atau yang dibuat oleh
mereka sendiri.
86. Sifat-sifat tuhan yang
terdapat di dalam kitab perjanjian lama merupakan gambaran kepada kecenderungan
Bani Israel dan keperibadian mereka. Jadi, bukanlah suatu perkara yang pelik
jika tuhan yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama bersifat ganas, penipu,
perompak dan tidak bermaruah. Seolah-olah mereka menggambarkan bahawa tuhan
mereka adalah ketua kepada kumpulan penyamun.
87. Seperti yang disebut di
dalam "safar pembentukan alam" bahawa tuhan telah menyerupai seorang
manusia dan bergelut dengan Nabi Yaakub sehingga ke subuh. Tuhan tidak mampu
mengalahkan Nabi Yaakub melainkan dengan menggunakan satu tipu helah yang
berjaya mematahkan peha Nabi Yaakub.
88. Ini jelas terbukti
apabila tuhan Yahudi itu membatalkan hasratnya untuk menghancurkan hamba-hambanya
yang menyembah berhala setelah dipujuk oleh nabi Musa. Sebaliknya dia merasa
sedih dan menyesal.
89. Apabila kita ingin
memperkatakan tentang sifat para nabi, semestinya kita akan menyifatkan mereka
dengan sebaik-baik sifat kerana mereka adalah rasul dan pilihan Allah di atas
muka bumi. Namun sebaliknya yang berlaku dalam kitab perjanjian lama kerana ia
telah meletakkan para nabi di suatu tempat yang tidak selayaknya. Kadang-kadang
ia menganggap nabi tersebut sebagai penzina, penipu dan pembunuh yang tidak
berperikemanusiaan.
90. Di dalam "safar penghijrahan", perjanjian
lama telah mengatakan bahawa Nabi Harun a.s telah mencipta sebuah patung yang
berupa lembu untuk disembah oleh Bani Israel sewaktu ketiadaan nabi Musa
disebabkan oleh perasaan dengkinya.
91. Di dalam "safar samwil ke-2" telah
menceritakan bahawa Nabi Daud pernah mencintai seorang wanita yang merupakan
isteri kepada salah seorang tenteranya. Keadaan ini bermula sewaktu Nabi Daud
bersiar-siar di istananya di Aour Shalim. Pada ketika itu dia telah melihat
seorang perempuan yang sedang mandi di rumahnya lalu terus jatuh cinta. Apabila
diselidik perempuan tersebut adalah isteri kepada salah seorang tenteranya.
Maka dia telah memerintahkan panglima tentera supaya menugaskan suami kepada
perempuan tersebut berada di barisan hadapan dalam peperangan. Apabila berita
kematian lelaki berkenaan sampai kepada nabi Daud, dia terus mengahwini
perempuan tersebut. Sebenarnya perempuan itu adalah ibu kepada Nabi Sulaiman.
92.Mengenai Nabi Sulaiman
pula, perjanjian lam telah menceritakan bahawa Nabi Sulaiman mempunyai 700
orang isteri di kalangan perempuan yang merdeka dan 300 di kalangan hamba.
Setengah daripada isterinya itu adalah penyembah berhala. Mengikut cerita, Nabi
Sulaiman sentiasa menyembah berhala yang dimiliki oleh para isterinya pada
akhir hayat beliau.
93. Apabila kita perhatikan
di dalam Al-Quran, Allah telah menegaskan bahawa Nabi Musa telah membawa satu
risalah yang mengajak ummahnya menyembah Allah yang Maha Esa, mendirikan solat
serta beriman dan yakin akan kedatangan hari kiamat (surah Taha). Berbeza
dengan apa yang digambarkan oleh kitab perjanjian lama yang mana tidak didapati
satu kalimah pun yang menceritakan tentang hari kiamat dan apa-apa yang berlaku
di dalamnya seperti balasan baik dan buruk. Kitab perjanjian lama hanya
menyatakan bahawa balasan terhadap amalan yang di lakukan oleh seseorang
hanyalah di dunia semata-mata. Sesiapa yang berbuat baik akan mendapat
kehidupan yang bahagia di dunia dan sesiapa yang engkar serta kufur juga akan
terus menerima penyiksaan di dunia ini.
MAZHAB DAN FIRQAH DI DALAM
AGAMA YAHUDI.
94. Agama Yahudi sepertimana
agama lain mempunyai pelbagai fahaman dan mazhab, di mana setiap mazhab
mendakwa bahawa mereka adalah yang terbaik berbanding dengan yang lain.
95. Perkara utama yang
menjadi perbezaan di antara mazhab-mazhab tersebut ialah pengiktirafan mereka
terhadap kitab Talmud dan kepercayaan terhadap kebangkitan selepas kematian.
96. Di antara mazhab utama
dalam agama Yahudi ialah :-
a. Farasiyun (Rabbaniyun) d. Hadasiyun
b. Soduqiyun e. Samiriyun
c. katabah f. Qurraayun.
97. Golongan Farasiyun lahir selepas kejatuhan
kerajaan Bani Israel di Palestin yang disebabkan oleh serangan orang-orang
Babylon, golongan ini menyeru Bani Israel agar kembali berpegang kepada aqidah
mereka yang asal sebelum kejatuhan kerajaan mereka. Mereka berkeyakinan bahawa
hanya dengan kembali kepada ajaran yang sebenar sahaja yang mampu untuk
mengembalikan kegemilangan mereka.
98. Mereka beriman dengan
hari akhirat dan kebangkitan selepas kematian. Pada pandangan mereka balasan
baik hanyalah terhadap orang-orang yang soleh dan ia akan berlaku di atas muka
bumi ini. Adapun orang-orang yang jahat dan derhaka, mereka akan mati.
99. Mereka juga beriman
bahawa di samping kitab Taurat, terdapat sebuah kitab yang bernama Talmut yang
mana ia juga adalah kitab suci. Para pendita mereka yang bergelar Hakamah
adalah maksum iaitu terpelihara dari segala kesilapan dan kedosaan. Aqidah ini
begitu menebal di dalam jiwa orang-orang Yahudi sehinggakan jika seorang
Hakamat berkata kepada seseorang bahawa tangan kirinya adalah tangan kanannya,
orang itu haruslah membenarkan kata-kata Hakamat tersebut dari dirinya sendiri.
100. Sebenarnya golangan
"Farasiun" adalah sebuah gerakan politik yang berasaskan agama dan
bertujuan untuk mengembalikan negara Israel. Mereka kadang-kadang menggunakan
keganasan dan kekerasan untuk mencapai matlamat mereka. Cogankata yang mereka
gunakan ialah "matlamat menghalalkan cara".
101. Golongan
"Assodiqiun" pula mengingkari balasan dan hari kebangkitan. Mereka
beriman bahawa balasan baik dan buruk hanyalah di dunia ini sahaja.
102. Mereka tidak
mengiktiraf akan kesucian kitab Talmut kerana hanya kitab Taurat sahaja yang
menjadi panduan hidup mereka. Golongan ini terdiri daripada orang-orang
bangs.a.w.an yang menghormati undang-undang negara dan agama yang lain selagi
tidak bercanggah dengan ajaran Taurat.
103. "Hasadiun"
pula bererti mereka yang menjadikan kezuhudan sebagai cara hidup mereka.
Golongan ini lahir pada zaman pemerintahan kerajaan Mokabi di sekitar tahun
173-175 sebelum masihi. Mereka amat berbeza jika dibandingkan dengan golongan
yang lain dari segi ibadah dan adat resam. Orang-orang Hasadiun mengharamkan
segala bentuk penyembelihan dan korban. Dari segi syariat pula, mereka menolak
fahaman pembezaan etnik di antara Yahudi dan bukan Yahudi. Mereka menyeru
kepada kaum Yahudi agar hidup secara aman dan damai bersama kaum yang lain.
Mereka mengharamkan perniagaan dan penipuan serta mengajak kepada kehidupan
yang zuhud dan menjauhkan diri dari
perempuan. Ini berbeza dengan ajaran yang dibawa oleh agama Yahudi yang mana
perkahwinan merupakan kewajipan agama.
104. Golongan "Qurraun" merupakan
pengikut kepada Anan bin Daud iaitu salah seorang dari ulamak di kalangan orang
Yahudi yang hidup di Baghdad pada zaman pemerintahan Abu Jaafar Al-Mansur.
Mereka hanya mengiktiraf kitab Taurat sebagai kitab suci dan menggunakan
ijtihad dalam meletakkan beberapa perundangan dalam agama Yahudi.
105. Golongan
"Katabah" pada asalnya merupakan penyalin atau tukang tulis kitab
suci kepada sesiapa yang menghendakinya.
PENYELEWENGAN TAURAT DAN
PENDIRIAN ISLAM TERHADAPNYA.
106. Di dalam beberapa ayat
Al-Quran ada menyatakan bahawa Allah SWT telah menurunkan beberapa buah kitab
kepada para nabinya. Di antara kitab-kitab tersebut ialah Taurat, Injil, Zabur,
Suhuf Ibrahim dan Musa. Apabila kita perhatikan kepada ayat-ayat Al-Quran yang
menceritakan mengenai kitab-kitab tersebut, ia boleh disimpulkan kepada dua
bahagian yang utama:-
i. Sebahagian dari kitab-kitab tersebut masih
kekal dengan keaslianya sebagaimana ia
diturunkan.
ii.Sebahagian yang lain pula telah diubah dan
sebahagian yang lain pula telah hilang atau disembunyikan.
Dalam perbicaraan ini kita akan menjadikan
Al-Quran sebagai pengukur kepada kebenaran, keaslian dan kesohehan isi
kitab-kitab tersebut.Firman Allah (Telah kami turunkan kepada mu wahai Muhammad
Al-Quran dengan kebenaran yang akan membenarkan dengan apa yang terdapat di
tangan kamu dari kitab-kitab yang terdahulu) Al-Maidah : 48.
107. Contoh yang pertama
adalah sama seperti yang disebut di dalam Safar pembentukan alam iaitu mengenai
tempoh penciptaan langit dan bumi selama 6 hari. Begitu juga umur Nabi Nuh a.s
iaitu selama 950 tahun.
108. Contoh yang kedua pula
sama seperti yang terdapat di dalam Safar pembentukan alam yang menceritakan
bahawa Allah telah beristirehat dari kepenatan mencipta langit dan bumi pada
hari yang ketujuh iaitu hari sabtu. Mengikut sejarah, kitab Taurat yang
diturunkan kepada Nabi Musa yang mana ia diletakkan di dalam sebuah peti telah
hilang dari tangan orang-orang Yahudi beberapa kurun. Apabila peti tersebut
telah dapat diambil kembali oleh Thalut dari tangan orang-orang Kan'an kemudian
dibuka, didapati beberapa helai tulisan sahaja yang mengandungi 10 wasiat. Ini
bertepatan seperti yang ditegaskan di dalam Al-Quran (Dan ia adalah saki-baki
dari apa yang telah ditinggalkan oleh Nabi Musa dan Nabi Harun.)
109. Kesimpulan dari
beberapa dalil dan pengakuan yang dibuat oleh para sarjana bahawa kitab Taurat
telah diubah, disembunyikan dan kadang-kadang sengaja dilupakan kandungannya
yang asal. Secara keseluruhannya, kitab Taurat bukan lagi sebuah kitab yang asli
seperti yang telah diturunkan kepada Nabi musa.
110. Pendirian Islam
terhadap apa yang terdapat di dalam kitab Taurat, secara kesimpulannya
terbahagi kepada tiga jenis:-
i.
Menepati dengan apa yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah.
Perkara seperti ini diterima kerana ia
bertepatan dengan Al- Quran dan Hadis.
ii. Ia bercanggah dengan apa yang terdapat di
dalam Al- Quran dan As-Sunnah. Sudah semestinya ia ditolak dan wajib bagi kita untuk mendustakannya.
iii. Ia tidak disebut di dalam Al-Quran dan
juga As-Sunnah tetapi tidak bercanggah dengan kedua-duanya.
Contohnya seperti nama orang atau
tempat.
Perkara seperti ini kita tidak boleh menolak
dan membenarkannya. Ia hanya sekadar penghuraian bukannya suatu hujah bagi
kita. Ini berpandukan kepada sebuah hadis yang telah dikeluarkan oleh Bukhari
di dalam kitab At-Tauhid yang berbunyi: " Jangan kamu membenarkan apa-apa
yang diriwayatkan oleh ahli kitab dan jangan pula kamu mendustakannya tetapi
berkatalah kami beriman kepada Allah dan apa yang diturunkan kepada kami".
PENUTUP
Disepanjang perbincangan kita terhadap agama
Yahudi dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa kitab Taurat walaupun ianya
telah diubah dan diselewengkan namun ia mampu membentuk bangsa Yahudi daripada
sebuah bangsa yang lemah dan hina menjadi bangsa yang paling berkuasa. Rahsia
kejayaan bangsa Yahudi perlulah dijadikan satu pengiktibaran kembali syariat
yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w..
RUJUKAN
1.Al-Qur'anul Karim dan
terjemahannya.
2. Kitab perjanjian lama.
3. Yahudi.Profesor Ahmad
Shalabi.
4. Pengantar pengajian
agama.Doktor Safwat Hamid.
5. Kajian mengenai kitab
Taurat.Doktor Aminah Mohd. Nasir.
No comments:
Post a Comment