LIDAH TERGAMAM APABILA TANGAN BERTUTUR
Kehidupan
didunia ibarat sebuah madrasah pengajian, segala ilmu diajar untuk memberi
peluang kepada manusia bagi melengkapkan perbendaharaan ilmu masing-masing.
Allah SWT menyediakan tenaga pengajar yg cukup mahir terdiri daripada para
anbiya dan juga rasul a.s dan kemudiannya disambung pula tugas mulia itu oleh
para ulama sehingga kiamat.
Justeru
Tuhan telah melengkapkan segala keperluan untuk manusia melepaskan diri dari
kejahilan, sehingga tidak seorang pun didataran Mashyar kelak boleh berdalih
untuk menyatakan bahawa tidak ada kemudahan untuk menimba ilmu, dan tidak
mungkin dapat menafikan bahawa para rasul telah melaksanakan tugasnya dengan
sempurna, kerana setiap rasul itu memiliki sifat tabligh yakni menyampaikan
setiap wahyu yang dikurniakan oleh Allah SWT .
Para
rasul sudah menyediakan garis panduan yg selengkapnya, dan menunjukkan
jalan-jalan lurus dan selamat yg mesti dilalui oleh manusia. Setelah
dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus, para rasul juga memberikan
beberapa amaran adanya bahaya jalan yg berliku dan bersimpang-siur itu agar
manusia waspada kerana jalan yg bersimpang-siur itu boleh menyebabkan manusia
tersesat jalan.
Firman
Allah SWT didalam surah al-An’aam ayat 153 yang bermaksud; “Dan bahawa inilah
jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia dan janganlah kamu tempuhi jalan yang
lain, kerana jalan yang bersimpang-siur itu akan mencerai-beraikan (menyesatkan)kamu
dari jalan –Nya . Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu
bertaqwa.”
Setelah
dibentangkan dihadapan mereka jalan yg lurus andainya masih ada juga yg
menyimpang ke jalan yg membawa mereka ke arah kesesatan, tiada siapa yang patut
dipersalahkan , kecuali mereka patut menyalahkan diri sendiri serta mengakui
bahawa mereka tidak mematuhi setiap petunjuk arah yang telah disediakan di
sepanjang jalan itu.
Ketika
manusia terdampar didataran Mashyar jutaan tahun (menurut ukuran masa dunia),
dikala mengharungi kesengsaraan yg amat dashyat, ramai dikalangan penghuni
Mashyar yg terkenangkan kampung halaman. Mereka menyesali diri kerana memandang
sepi seruan para Rasul dahulu. dan bersikap dingin keraan seruan dakwah oleh
para ulama terhadap para penyeru ke jalan Allah.
Setelah
mereka menyaksikan setiap perkara di Mashyar teringatlah dia kebenaran hari
Qiamat yg diberitahu oleh para Rasul dahulu.Dalam ratapan ahli Mashyar,
merintih merayu kepada tuhan agar memberi peluang mereka kembali ke dunia walau
sejenak untuk memperbaiki keimanan dan melakukan amal soleh, seperti yang
digambarkan didalam Al-Quran surah As-Sajadah ayat 12;yang bermaksud…….
“Dan
(alangkah ngerinya ) jika sekiranya kamu melihat orang-oranng yang berdosa itu
menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, mereka berkata:Ya Tuhan kami, kami
telah melihat dan mendengar , maka kembalikanlah kami (ke dunia),kami akan
mengerjakan amal soleh , sesungguhnya kami adalah orang-orang yang yakin”.
Kesedaran
yg terlewat hanyalah penyesalan yang tidak berfaedah, kerana planet bumi untuk
tempat kembali seperti yg dirayu oleh ahli Mashyar itu sudah hancur. Manusia
ingin pulang ke dunia, tetapi tidakkah mereka datang dari dunia? Apakah yang
menyebabkan mereka abai terhadap kesempatan yang tuhan berikan untuk hidup
didunia dahulu?
Rasulullah
s.a.w bersabda yg bermaksud : Dihari akhirat Tuhan akan bertanya kepada setiap
manusia :Hai manusia, bukankah Aku telah kurniakan kepada engkau kemeriahan
masa remaja? Untuk apakah kamu habiskan masa remajamu? Tidakkah Aku telah
kurniakan umur yang panjang? Untuk apa umurmu itu kamu pergunakan? Bukankah
telah Aku kurniakan rezeki yang melimpah? Tetapi untuk apa kamu habiskan harta
itu? Bukankah Aku telah berikan kamu ilmu? Tetapi untuk apa ilmu itu kamu gunakan.
Empat
soalan penting yg di kemukakan oleh Allah SWT diakhirat ialah yg pertamanya
mengenai alam remaja, suatu lembaran hidup selepas bermulanya taflik syarak.
Tuhan tidak menanyakan seseorang tentang alam kanak-kanak kerana usia
kanak-kanak belum diberi beban atau tanggungjawab memikul suruhan dan larangan
yg terkandung didalam syariat.
Alam
remaja merupakan zaman kejutan kepada suatu perubahan emosi, saat remaja mulai
terdedah dengan persoalan kejantinaan. Suatu cabaran baru mengenai panduan
,kawalan dan kejayaan dalam menghadapi masa remaja bergantung kepada sejauh
mana kefahaman supaya mampu mengendalikan kehidupan yang lurus.
Runtunan
masa remaja akan menjadi asas yang kukuh untuk menghadapi cabaran usia yang
berikutnya, tetapi kegagalannya akan menjadi titik hitam yang merumitkan,
terutama ketika menyediakan jawapan terhadap soalan yang bakal dikemukakan oleh
Allah SWT dihari Mashyar kelak.
Apabila
menempuh usia dewasa dan hari tua , bererti Tuhan telah mengurniakan umur yg
panjang. Mengharungi kehidupan yg panjang bererti lebih banyak peranan yang
harus di pikul. Sebagai individu insan, berbagai kelengkapan perlu disediakan,
iaitu iman yg berasaskan ilmu wahyu, amal soleh merupakan buah kepada ilmu.
Sebagai
ketua keluarga dia adalah ‘murabbi’, yang memikul peranan dan tanggungjawab
memimpin rumahtangga , mengasuh keluarga dengan didikan berasas ketaqwaan.
Sebagai anggota masyarakat, dia mempunyai peranan sebagai pemimpin yang
mengajak manusia ke arah mematuhi ajaran Islam, atau menjadi manusia yang sedia
dipimpin dalam suatu wadah perjuangan Islam. Terlaksanakah semua beban
kewajipan itu?
Selain
itu, Tuhan menjanjikan rezeki kepada setiap hamba-Nya yang diciptakan dimuka
bumi ini. Manusia yg mempunyai peranan sebagai khalifah, adalah makhluk istimewa
yg dikurniakan berbagai kekayaan dunia, samada kekayaan yg terpendam diperut
bumi, kekayaan dilautan, kekayaan didaratan dan juga kekayaan di udara.
Tetapi
semua itu hanyalah merupakan alat-alat yg mesti dipergunakan untuk melakukan
ketaatan kepada Allah SWT. Bagaimana cara mendapatkan kekayaan harta
tersebut,samada dgn cara betul dan halal atau cara yg terlarang.Untuk apa pula
dipergunakan harta yg melimpah ruah, adakah utk menjadi penghimpun kekayaan dan
lupa daratan seperti Qarun, samada Qarun klasik atau Qarun moden.
Segala
yg bersangkutan dengan harta kekayaan Allah kurniakan itu, adalah diantara
soalan yg mesti dijawab didataran Mashyar kelak. Harta halal yang terhimpun
banyak, akan melambatkan seseorang masuk syurga sebaliknya harta yang diperoleh
dengan cara haram, akan menjadi api pembakar untuk dirinya sendiri didalam
neraka (wal iyazu billah)
Persoalan
ke empat didalam hadith Nabi s.a.w itu ialah mengenai ilmu.Tuhan bertanya
`Bukankah Aku telah kurniakan engkau ilmu? Bagaimanakah ilmu itu dimanfaatkan'?
Sesungguhnya
Allah SWT menjadikan manusia sebagai makhluk istimewa mengatasi makhluk yang
lain hatta malaikat sekalipun, tidak lain kerana manusia dikurniakan ilmu
pengetahuan. Justeru itu manusia adalah makhluk sejak dari manusia pertama
iaitu Adam a.s.
Firman
Allah didalam surah al-Baqarah ayat 31;……..”Dan Dia mengajarkan kepada Adam
(ilmu) nama-nama (benda)seluruhnya, kemudian mengemukakan kepada Malaikat lalu
berfirman “Sebutkanlah kepada –Ku nama benda –benda itu jika kamu memang dari
golongan yang benar”.
Ternyata
cabaran Allah SWT terhadap para Malaikat tentang kelebihan ilmu pengetahuan
yang dikurniakan kepada Nabi Adam a.s itu tidak dapat disahut oleh Malaikat,
sebagaimana pengakuan Malaikat yang dinyatakan oleh Al-Quran surah al-Baqarah
ayat 32; yang bermaksud……
“Mereka
menjawab :Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang
telah Engkau ajarkan kepada kami sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui
lagi Bijaksana”.
Allah
SWT mengiktiraf orang-orang yang berilmu kerana dengan ilmu itu Allah telah
mengangkatnya ke satu martabat yang tinggi, sebagaimana firman Allah didalam
surah Al-Mujaadilah ayat 11; yang bermaksud….
‘Nescaya
Allah akan meninggikan darjat orang-orang yang beriman diantaramu dan orang
yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat”.
Di
samping itu,Allah SWT juga menyifatkan orang yang jahil itu sebagai seteru-Nya
seperti yang di perjelaskan oleh sebuah hadith Rasulullah s.a.w; yang
bermaksud…….
“Orang
alim itu adalah kekasih Allah sekalipun dia fasiq, sementara orang yang jahil
itu adalah seteru Allah meskipun dia seorang ‘abid’.
Meskipun
demikian Tuhan akan persoalkan juga tentang ilmu yg di kurniakan oleh Allah SWT
terhadap hamba-Nya, kerana ilmu juga boleh digunakan untuk kebaikan yang
memberi manfaat dan mengangkat darjat manusia . Sebaliknya ilmu juga boleh
disalah gunakan, hingga mendatangkan malapetaka dan kebinasaan terhadap manusia
sendiri. Terlalu banyak contoh manusia binasa oleh ilmu.
Demikianlah
diantara beberapa perkara yang akan ditanya oleh Allah SWT di hari Mashyar
kelak, malah perilaku dan amalan baik atau sebaliknya tidak akan terkecuali
walau sedikitpun.
Firman
Allah SWT didalam surah AL-Hijr ayat 92-93 yang bermaksud;………`Maka demi Tuhanmu
Kami pasti akan menyoal mereka semuanya tentang apa yang telah mereka kerjakan
dulu'.
Soalan
dihari Mashyar bukanlah soalan bertaraf ijazah yang bagaimana sulit pun pasti
akan dijawab oleh mereka yang menguasai ilmu.
Sesungguhnya
soalan di dataran Mashyar tidak akan terjawab oleh lidah, lantaran itu lidah
yang petah tidak mendatangkan manfaat lagi. Sebaliknya yang bakal menjawab
adalah setiap indera , iaitu tangan-tangan mereka , sementara kaki pula akan
menjadi saksi bagi mengesahkan pengakuan yang telah mereka lakukan.
Firman
Allah SWT didalam surah Yasin ayat 65; yang bermaksud ……`Pada hari Kami tutup
mulut mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksian
kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka usahakan'.
Sesungguhnya
tergamamlah lidah apabila tangan dan anggota lain saling membuat pengakuan
terhadap berbagai dosa yang telah dilakukan semasa di dunia dahulu………………………….
No comments:
Post a Comment