Keajaiban Saintifik Al-Qur'an
KEWUJUDAN ALAM SEMESTA
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur'an dalam ayat
berikut; Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An'aam:101.
Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur'an ini adalah satu
fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains kontemporari.
Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini ialah bahawa alam
semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa, telah terhasil melalui
satu letupan yang besar yang terjadi ketika masa-sifar. Fenomena ini yang
dikenali sebagai Big Bang membuktikan bahawa alam semesta telah diciptakan dari
ketiadaan sebagai satu produk, dari satu letupan titik tunggal. Golongan
saintifik moden percaya bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling
rasional dan fakta yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan
alam semesta.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat sebarang
benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan kebendaan, tenaga atau
masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan secara metafizik, semuanya ini
sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini, yang baru diketahui melalui kajian
dalam bidang fizik moden, telah dinyatakan dalam Al-Qur'an 1400 tahun lalu.
PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA
Dalam Al-Qur'an yang diwahyukan 1400 tahun lalu, ketika
pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai pengembangan alam
semesta telah diterangkan seperti berikut;
" Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan
sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya." (Surah az-Dzariyat; 47)
Edwin Hubble
Perkataan 'langit' yang dinyatakan dalam ayat di atas
digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur'an yang bermaksud ruang angkasa dan
cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan untuk maksud ini.
Dalam perkataan lain, Al-Qur'an mendedahkan hakikat mengenai proses
pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak kesimpulan yang diputuskan
oleh dunia sains hari ini.
Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling masyhur
dalam dunia sains ialah bahawa 'alam semesta mempunyai sifat konstan (statik)
dan telah wujud tanpa keterbatasan masa'. Kajian, pemerhatian dan pengiraan
yang dijalankan melalui seluruh insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya
telah menunjukkan bahawa alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan
berkembang secara konstan.
Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia
Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le'maitre telah membuat
pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan pergerakan yang
berterusan dan ia sebenarnya berkembang.
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari pemerhatian
yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli astronomi Amerika
yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan teleskop, mengisytiharkan
bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi bergerak menjauhi antara satu sama
lain secara berterusan. Sebuah alam semesta di mana semua benda di dalamnya
secara konstan bergerak menjauhi sesama mereka, jelas menggambarkan
pengembangan alam semesta itu. Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun
berikutnya mengesahkan bahawa alam semesta adalah berkembang secara berterusan.
Fakta ini telah di jelaskan dalam Al-Qur'an ketika mana hal ini masih belum
lagi pernah diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur'an adalah kalam
Tuhan, maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.
PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI
Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai
berikut.ayat.
"dan apakah orang-orang kafir itu tidak melihat
bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (satu
unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara keduanya. Dan daripada air Kami
jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakan mereka tiada juga
beriman?". (Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah 'ratq' diertikan sebagai dijahit yang bermaksud
'dikumpul bersama, dicampur' dalam kamus bahasa arab. Ianya digunakan untuk
merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu yang menyeluruh. Frasa
'Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq dalam bahasa arab dan
menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan dengan membelah bahagian atau
memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang tumbuh bertunas dari tanah adalah
satu contoh frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali lagi
dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat tersebut, langit
dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq. Kedua-duanya di pisahkan
(fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu lagi. Apa yang menarik, apabila
kita mengingati saat pertama fenomena Big Bang kita melihat bahawa satu titik
tunggal mengandungi semua material alam semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan bumi
yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik tunggal ini dalam
keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu letupan yang besar,
menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses ini membentuk keseluruhan
struktur alam semesta. Apabila kita membandingkan pernyataan di dalam ayat
Al-Qur'an di atas dengan penemuan saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya
berada dalam keserasian yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup
menarik perhatian ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.
ORBIT
Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam
Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan
orbit tertentu;
Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan,
setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya) . (Surah al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya
bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah
ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui
melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar
astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam
mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini
bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran.
Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam
lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak
yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada
dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan
dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;
7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta,
yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari
bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini
mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit
yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi
orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama
dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama
dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh
jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak
pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam
pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau
bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak
mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang
maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan
fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil
ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi
dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an.
Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an
yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
BENTUK SFERA BUMI
"Dia menciptakan langit dan bumi dengan kebenaran. Dia
membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang atas malam... (Surah
Az-Zumar:5)
Dalam Al-Qur'an, perkataan yang digunakan untuk menerangkan
alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang diertikan sebagai
'membalut' dalam ayat di atas adalah 'takwir', dan dalam bahasa inggeris, ia
bermakud 'menjadikan sesuatu membalut sesuatu yang lain, dililit sebagai satu
pakaian yang terhampar. Sebagai contoh, dalam kamus arab perkataan ini
digunakan untuk perbuatan membalut sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti
mana orang yang memakai serban.
Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang dan
malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang tepat
mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar sekiranya bumi
adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam Al-Qur'an, yang diturunkan
di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di disebutkan secara kiasan di dalamnya.
Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman mengenai
astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu difikirkan bahawa
bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan saintifk dan penjelasan
berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat Al-Qur'an bagaimanapun telah memuatkan
maklumat yang baru diketahui beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur'an
adalah kalam Tuhan, perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika
menerangkan mengenai alam smesta.
BUMBUNG PROTEKTIF.
Dalam Al-Qur'an, Tuhan menarik perhatian kita kepada
ciri-ciri yang sangat mengagumkan di atas langit;
Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap terpelihara sedang
mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah) yang terdapat padanya.
(Surah al-Anbiya; 32)
Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian
saintifik yang dijalankan pada abad ke 20 ini.
Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya
menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk wujud.
Ketika memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika mendekati bumi, ia
menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari membahayakan makhluk hidupan.
Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang datang dari
luar angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa yang menariknya,
atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah- cahaya nampak, tak nampak
dan gelombang radio - untuk menembusinya. Semua jenis radiasi ini adalah sangat
penting kepada kehidupan. Cahaya nampak, yang sebahagiannya dibenarkan menembusi
dalam atmosfera adalah sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis
dalam tumbuhan yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran
ultra violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap
keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan -dan yang paling
penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk mencecah permukaan
bumi.
Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini. Atmosfera
juga melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa, dengan suhu lebih
kurang -270 darjah centigrade.
Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam menjalankan
fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada atmosfera, Jalur Allan
Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet bumi, juga berfungsi sebagai
perlindungan menentang radiasi yang merbahaya yang mengancam planet kita.
Radiasi merbahaya ini, yang secara berterusan dipancarkan oleh matahari dan
bintang-bintang lain berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya
Jalur Van Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil
nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan menghancurkan
semua kehidupan dalam dunia.
Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur
Van Allen kepada kehidupan;
Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi berbanding
sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar nikal-besi ini
bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan magnet ini menghasilkan
perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi dari pengeboman radiasi.
Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan tidak mungkin berada di bumi.
Satu-satunya planet berbatu yang mempunyai medan magnet ialah Utarid- tetapi
kekuatan medannya 100 kali lebih kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan
Zuhrah, saudara planet kita, tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai
radiasi Van Allen adalah satu rekaan yang unik kepada bumi.
Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran yang
dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan dengan 100
juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58 jam selepas letupan
ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan pergerakan yang luar biasa
dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi, suhu jatuh mendadak kepada 2500
darjah selsius.
Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja di
luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya dari ancaman
luar. Saintis hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu. Tetapi Tuhan telah
menerangkan kepada kita dalam Al-Qur'an mengenai atmosfera bumi yang berfungsi
sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.
PENGITARAN DI ATAS LANGIT.
Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi
'pembalikan' langit;
Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran. Surat
at-Tariq;11.
Perkataan yang ditafsirkan sebagai 'kitaran' dalam
penerjemahan Al-Qur'an juga bermaksud 'menghantar balik' atau 'pengembalian' .
Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi bumi
mengandungi beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan penting bagi
faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua lapisan ini menjalankan
fungsi pemantulan material atau sinaran yang bergerak ke arahnya keluar semula
ke luar angkasa atau turun kembali ke bumi. Sekarang kita akan meneliiti
beberapa contoh fungsi 'pengitaran' yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang
mengelilingi ruang langit bumi.
Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas permukaan
bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara dari permukaan bumi
sebagai titisan hujan.
Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer, memancarkan
semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang dari luar angkasa
kembali ke luar.
Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio dari
bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi satelit
pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran liputan
televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.
Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan zarah
radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain
kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke bumi.
Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera, yang
baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam Al-Qur'an,
sekali lagi menunjukan bahawa Al-Qur'an sebenarnya adalah kata-kata Maha Suci
Allah.
LAPISAN ATMOSFERA
Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur'an bahawa alam
semesta ini mempunyai 7 lapisan;
Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk
kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di jadikanNya 7 lapisan langit.
Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu. (Surah al-Baqarah; 29)
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua masa dan Dia
mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi langit yang dekat
dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami memeliharanya dengan
sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui.
(Surah Fusilat; 12)
Perkatan 'langit-langit' , yang mana banyak di sebut di dalam
ayat Al-Qur'an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi juga seluruh
alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di bumi ataupun atmosfera
yang terdiri daripada 7 lapisan.
Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia terdiri
daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara satu sama lain,
tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam Al-Qur'an secara tepat.
Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek
ini digambarkan seperti berikut;
Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri daripada
beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal berdasarkan
tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera yang paling hampir
kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang mengandungi lebih kurang 90%
jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di atas troposfera dipanggil
stratosfera, kemudian diikuti dengan ozonosfera di mana penyerapan sinaran
ultra ungu berlaku, kemudian diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri
dari sebahagian gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar
dipanggil eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.
Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut, kita
akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis seperti yang
disebutkan dalam Al-Qur'an.
Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat ini
'Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya' di dalam surah Fusilat ayat ke
12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan bahawa Dia telah menetapkan
setiap tingkat langit itu dengan tugas dan fungsi tertentu. Kebenaran ini telah
dilihat di bahagian pertama tadi, setiap lapisan mempunyai peranan penting
untuk kebaikan hidupan semua manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap
lapisan mempunyai fungsi yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan
sehingga kepada perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari
memancarkan gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang
memusnahkan.
Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah
dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;
Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang paling
rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi di
troposfera.
Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan, yang
tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20 sebagaimana yang
telah nyata disebut dalam Al-Qur'an 1400 tahun dahulu
No comments:
Post a Comment