Mengapa
Ibadah Solat Tidak Membangunkan Insan
Peringkat-peringkat sembahyang, nilaikan dimana tahap
sembahyang kita. Dalam era membaiki diri ini, kita check
sembahyang kita, nanti akan terjawap kenapa kita tidak
dibantu, dan ini juga gambaran secara keseluruhannya,
mengapa umat islam terbiar dan tiada pembela dan umat
islam kini tidak lagi menjadi umat yang agung seperti
dulu.
Golongan 1. Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat
islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak
tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik
kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam
Syafie kata jatuh fasik (pun masuk neraka juga) kalau ia
masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan 2. Orang yang mengerjakan sembahyang secara
zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta,
main ikut-ikut orang saja. Belajar sembahyang maupun
secara resmi atau tak resmi tak ada. Ilmu tentang
sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa
besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah
Taala.
Golongan 3. Orang yang mengerjakan sembahyang,
bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak
boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi
mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada
masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan
terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria,
berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak
sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4. Orang yang sembahyang, kalaupun
ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau
diperiksa satu persatu bacaannya, lafasnya banyak yang
dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu
sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu
disebabkan tak faham apa yang dia baca.Cuma main hafal
saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam
sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam
sembahyang,orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail
bagi orang ini.
Golongan 5. Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup
lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan
sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi
tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih
melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham
saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan
sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6. Golongan ini baik sedikit dari golongan
yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam
sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai
pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya,
teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila
teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah
semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk
menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam
sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya.
Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua.
Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya
bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan
cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada
kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang
sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah,
mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya,
namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya
sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.Allah belum
lagi cinta orang ini.
Golongan 7. Golongan yang mengerjakan sembahyangyang
tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap
lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak
terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga
pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang
difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia,
menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti
perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi
sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam
sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh /
golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8. Golongan ini seperti juga golongan tujuh
tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja
faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya,
malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan
sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya,
doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap
sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati
sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun
sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam
sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada
gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan
golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah )
Golongan 9. Golongan ini adalah golongan yang
tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan
saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang
malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau
ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin
sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana
dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk
hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti
sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya.
Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka
didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah
mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin
lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan
dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak
mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk
ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya
langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya.
Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan
yang benar dan haq.
Setelah kita nilai keseluruhan 9 peringkat sembahyang
itu tadi, maka dapatlah kita nilai sembahyang kita di
tahap yang mana. Maka ibadah sembahyang yang boleh
membangunkan jiwa, membangunkan iman, menjauhkan dari
yang buruk boleh mengungkai mazmumah, menanamkan
mahmudah, melahirkan disiplin hidup, melahirkan akhlak
yang agung ialah golongan 7, 8 dan 9 sahaja.
Sembahyangnya ada kualiti, manakala golongan yang lain
jatuh pada kufur fasik dan zalim.
Jadi dimanakah tahap sembahyang kita ? Perbaikilah
diri kita mulai dari sekarang. Jangan tangguh lagi.
Pertama-tama soalan yang akan ditujukan kepada kita di
akhirat nanti ialah solat / sembahyang kita. Marilah
bersama membaiki solat kita agar segara dapat bantuan
dari Allah, agar terhapuslah kezaliman, semoga tertegak
kembali daulah Islam.
No comments:
Post a Comment