Wednesday, 3 July 2013

ANTI-HADITH



KESILAPAN GOLONGAN ANTI-HADITH
Oleh: Rozi bin Muda, ISIS.

Assalamu'alaikum wrt wbt!

Alhamdulillah!

Nampaknya bebanan kerja mulai reda dan dengan keizinanNya saya berharap dapat memanfaatkan ruang masa ini untuk menulis sesuatu. Saya memerhatikan bahawa serangan golongan anti-hadis ini masih sengit, dengan pergerakan mereka yang lebih terancang, menghantar e-mail secara peribadi dengan menggunakan alamat e-mail yang tidak dapat dijejaki (untraceable)! Saya sendiri adalah termasuk dalam kalangan yang sering menerima e-mail anutan mereka dan sengaja saya membiarkan ia berlanjutan supaya saya dapat memerhati gelagat dan mengkaji penyelewengan mereka secara lebih mendalam.

Sayugia juga diberitahu bahawa mereka juga memerhatikan dalam setiap perbincangan dalam msm-net, hizbinet, MISG dan beberapa kumpulan diskusi lain dan mengambil peluang apabila ada ruang untuk mereka menyalurkan tohmahan mereka. Buktinya, apabila timbul isu syi'ah, mereka menulis tentang syi'ah dan perpecahan ummah kerana bergantung kepada ulamak, apabila timbul isu 'airkencing unta' mereka pun turut menyibuk untuk beri komentar mengikut perspektif mereka. Di samping itu,mereka mencerca dan memperli beberapa ikhwan yang terlibat dalam perbincangan tersebut misalnya terdapat e-mail khusus untuk memperli akh Dr. Tanpa Nama, THTL dan memutarbelit hujjah-hujjah yang mereka bawakan untuk kepentingan anutan mereka.

Semakin lama saya mengikuti tohmahan mereka, rasa benci kepada mereka semakin menebal kerana tindak-tanduk mereka yang amat jahat ini.Saya terus mengawal rasa kebencian itu supaya ia dapat dipergunakan sebaiknya, bukan melulu. Maka, setelah memohon pertolongan Allah, saya memutuskan untuk menghuraikan beberapa kesilapan mereka yang menyebabkan mereka sesat, semoga dengan ini dapat menjernihkan sedikit perasaan beberapa ikhwan yang sudah bercelaru dengan tohmahan mereka di samping dapat menyalurkan serba sedikit rasa marah saya terhadap mereka ini kepada suatu tindakan yang bermanfaat. Memanglah mereka ini telah SESAT, bahkan berusaha menyebarkan kesesatan mereka dengan menjadi soldadu kepada Iblis. Mereka adalah syaitan di kalangan manusia dan amat layak dihapuskan, bila saja kita berpeluang. InsyaAllah, saya akan menggariskan beberapa faktor yang menyebabkan mereka sesat dengan membawakan beberapa nas dan memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan faktor tersebut. Doakanlah semoga Allah membantu saya dalam usaha ini...

BismiLlah.....!

Faktor Penyebab Kesesatan Golongan Anti-Hadith

Setelah memerhatikan hujjah-hujjah, tohmahan dan gelagat golongan anti-hadith ini melalui kiriman e-mail mereka serta merujuk serba sedikit kepada maklumat semasa, saya rasakan ada beberapa faktor yang menyumbang kepada kesesatan mereka. Di antaranya:

1) Meninggalkan petunjuk Sunnah.

Bertolak daripada doktrin mereka bahawa "al-Qur'an telah lengkap" (kenyataan ini memang benar tetapi mereka silap dari segi praktisnya), mereka beranggapan boleh belajar sendiri, ambil saja mana-mana terjemahan (rata-rata mereka tak faham pun bahasa Arab), lalu mentafsirkan sendiri mengikut kefahaman mereka. Tindakan mereka ini secara terus menolak fungsi keRasulan, i.e "mengajar/menerangkan" maksud isi kandungan kitab/al-Qur'an tersebut seperti firmanNya yang bermaksud: "(Kami utus mereka itu) dengan (membawa) keterangan dan kitab-kitab. Kami turunkan kepada engkau (Muhammad) peringatan (i.e al-Qur'an), supaya engkau TERANGKAN kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka, mudah-mudahan mereka memikirkannya" [an-Nahl, 16:44].

Sudah tentu para Rasul yang merupakan manusia terpilih bukan hanya berfungsi seperti 'robot', menyampaikan saja apa-apa yang diwahyukan tanpa ada penjelasan. Kalau demikian, mengapa pula perlunya Rasul sedangkan Allah berkuasa menurunkan terus kitab-kitab tersebut ? Mengapa Rasul mesti dipilih dari kalangan manusia sendiri, sedangkan jika malaikat yang diutuskan misalnya, tentu saja manusia lebih takut dan hormat?

Alasannya, seperti yang diterangkan oleh ayat di atas dan beberapa ayat lagi, untuk menerangkan maksud ayat-ayat yang diturunkan pula secara beransur-ansur itu kepada manusia dalam konteks PRAKTIKALnya, tunjuk-ajar daripada manusia contoh(i.e.Rasul itu sebagai MODEL, rujuk misalnya QS 33:21, 47:33) kepada manusia umum. Inilah konsep pendidikan yang benar di mana guru mestilah mengamalkan dulu apa yang diajarkannya sebelum ajaran mereka diikuti, bukannya konsep pendidikan sekular sekarang yang memisahkan antara apa yang diajar dengan apa yang ditunjukkan dengan perilaku pengajar (i.e "You follow what I taught you, do not do what I did !") yang nyata sekali mengelirukan dan gagal terutamanya dalam membentuk akhlak terpuji.

Konsep pendidikan ini telah diamalkan oleh Islam semenjak dari awal lagi, dan diperturunkan dari generasi ke generasi di mana as-sunnah diambilkira sebagai "alat" dan petunjuk utama dalam mempelajari dan memahami al-Qur'an seperti mafhum hadith: "Sebaik-baik hadis ialah Kitabullah(i.e al-Qur'an) dan sebaik-baik PETUNJUK adalah daripada Rasulullah. Setiap perkara baru (bida'ah) itu adalah sesat dan setiap kesesatan itu (sudahnya) dalam neraka" [Sahih Bukhari].

Maka dalam konteks ini, golongan anti-hadis telah melakukan BIDA'AH yang haqiqi, yang sudah pasti membawa kesesatan apabila mereka membelakangkan as-sunnah. Perbuatan mereka adalah contoh penting untuk isu bida'ah kerana amalan mereka ini memang amalan baru, yang tidak pernah diamalkan oleh golongan sebelumnya dan ia jelas bertentangan dengan maksud hadis di atas.Ia bertepatan dengan takrif bida'ah sendiri iaitu: "Suatu amalan baru yang TIADA berpandukan petunjuk nas (sama ada secara terus atau tersirat)". Maka kesan dari perbuatan ini, mereka telah sesat jauh daripada kebenaran. Sehubungan dengan faktor ini, antara contoh kesilapan mereka dalam memahami al-Qur'an, ialah mereka menganggap:

i) Tidak boleh menulis apa-apa lagi berkenaan agama kecuali yang termaktub dalam al-Qur'an:

Antara hujjah mereka ialah ayat 2:79 yang bermaksud: "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang menulis al-Kitab dengan tangan-tangan mereka, kemudian mereka berkata: 'Ini dari sisi Allah!', ...". Begitu juga ayat 3:78, 9:31. Oleh kerana mereka tidak berpandukan as-sunnah, mereka gagal menanggapi KONTEKS ayat-ayat ini yang merujuk kepada tindak-tanduk para rahib dari kalangan ahli kitab yang telah meminda kitab Taurat, Zabur dan Injil dan mengatakan ia termasuk dalam ajaran kitab tersebut. Akibatnya, rosaklah kandungan sebenar kitab-kitab tersebut dengan isinya bercampur-baurantara isi asal dengan 'sumbangan' para rahib yang menjadikan kitab tersebut bukan lagi asli contohnya Bible sekarang yang tidak boleh dipakai lagi.

Manakala para ulamak Islam, tidak pernah berusaha untuk meminda al-Qur'an, apa yang mereka tulis adalah kitab-kitab yang mengandungi maksud dan faham yang diambil daripada al-Qur'an untuk memudahkan orang awam memahami isi al-Qur'an. Ia seumpama "memberi ulasan" kepada kitab Allah, berdasarkan pengkajian dan fahaman mereka yang bertahun-tahun mengkaji kitab tersebut,supaya masyarakat lebih mengerti terhadap maksud al-Qur'an. Mereka tidak pernah mendakwa kitab-kitab mereka sebagai alternatif atau saingan kepadaal-Qur'an. Isi kandungan al-Qur'an tetap kekal tanpa dicampuri atau ditokok-tambah, tidak seperti yang dibuat oleh para rahib ahli kitab. Konteks ayat-ayat tersebut menyentuh tentang usaha para rahib untuk memindadan menokok-tambah kitab Allah, sedangkan tiada seorangpun ulama yang dikaitkan oleh mereka berbuat demikian.

Maka kefahaman mereka terhadap ayat-ayat di atas adalah silap dan kesilapan begini mendorong mereka kepada salah-laku dan tanggapan yang salah terhadap para ulama, lantas mendorong mereka kepada kesesatan.

ii) Ayat 5:77, mereka faham larangan berlebihan dalam agama dalam konteks yang melampaui maksud ayat ini.

Bagi mereka segala apa perbuatan ibadat, kalau tidak ada suruhan khusus dalam al-Qur'an maka ia haram termasuklah amalan-amalan sunat wudhuk (e.g. berkumur-kumur, basuh hidung dll) yang tidak terkandung dalam arahan berwudhuk pada ayat 5:6. Maka jika kita perhatikan faham ini, banyak sekali amalan sunnah ditafsirkan sebagai HARAM oleh mereka padahal semua amalan itu adalah baik sekali untuk menyempurnakan lagi arahan al-Qur'an itu (tanpa memberatinya), alangkah sempitnya fahaman mereka. Padahal, kalau kita lihat terus ayat inipun kita boleh tahu konteksnya. Perhatikan maksudnya: "Katakanlah: Hai AHLI KITAB, janganlah kamu berlebih-lebihan dalam agamamu SELAIN DARI KEBENARAN dan janganlah kamu turut hawa nafsu kaum yang sesat sebelum itu dan menyesatkan kebanyakan (manusia) dan mereka telah sesat dari jalan yang lurus" [al-Maaidah; 5:77].

Ayat ini bermula dengan arahan kepada Rasulullah ('Qul') supaya menyeru golongan ahli kitab supaya mereka tidak bersikap melampau dalam agama mereka dan tersesat seperti golongan TERDAHULU, dan mengajak mereka kembali kepada kebenaran. Golongan terdahulu di sini termasuklah para pengikut Nabi Musa yang berlebihan bertanya Nabi Musa (AS) dalam banyak hal sehingga menyusahkan [rujuk kisahnya pada ayat 67-71 tentang penyembelihan sapi dan ayat 108 sebagai teguran dari Allah, bersikap melampau sehingga melanggar perjanjian dengan Allah(5:13), dan sikap kecintaan dan pemujaan yang berlebihan kepada Nabi Isa(AS) sehingga sanggup meletakkan baginda sebagai 'anak Tuhan'(5:72)]. Inilah yang dimaksudkan sebagai sikap melampau di sini, iaitu keterlaluan dalam melakukan sesuatu sehingga melanggar batasan yang dibenarkan oleh syarak.

iii) Ayat 2:187, yang menyebutkan 'berpuasa sampai waktu malam'.

Mereka menganggap amalan sekarang yang berbuka pada waktu maghrib/senja telah mengingkari maksud ayat ini. Reaksi spontan saya apabila membaca komentar mereka ialah "Aik! Bila agaknya mereka ni berbuka?". Di sinilah antara contoh peranan sunnah menjelaskan bahawa batasan antara malam dan siang itu adalah pada ketika jatuhnya matahari, iaitu pada waktu magrib. Pada ketika ini berakhirlah siang dan bermulalah waktu malam, maka bolehlah berbuka.

Kenyataan sunnah ternyata benar akhirnya apabila dipersetujui oleh kajian ilmu falak/astronomi kerana pada waktu sianghari, sumbangan cahaya dimainkan oleh matahari, maka apabila matahari terbenam, tamatlah siang dan bermulalah waktu malam. Dengan ini juga, sunnah telah mengaitkan hakikat "malam" disini dengan menunjukkannya 'batas antara malam dan siang' dan mengaitkannya dengan banyak ayat lain misal ayat berikut yang bermaksud: "Dia memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam, Dia menundukkan matahari dan bulan, masing-masing beredar, hingga waktu yang ditetapkan ..." [al-Faathir, 35:13].

Pendek kata memang peranan Rasul (i.e, as-sunnah) untuk menjelaskan banyak kenyataan di dalam al-Qur'an, bukan pula bermaksud al-Qur'an itu tidak lengkap tetapi manusia dengan kelemahannya mudah keliru seperti yang ditunjukkan oleh fahaman golongan anti-hadith ini. Sebab itulah juga banyak ayat-ayat al-Qur'an menyuruh kita "mentaati Rasul" dan mengambil Baginda sebagai model ikutan. Kenyataan-kenyataan ini merupaka 'clue'/petanda jelas supaya merujuk sunnah.

Dengan menolak kepentingan sunnah ini bukan sahaja menunjukkan keengkaran terhadap perintah Allah, bahkan menolak 'perkaitan'antara al-Qur'an dengan as-sunnah yang menyebabkan al-Qur'an itu lengkap. Menolak ayat-ayat ini bererti menolak sebahagian daripada maksud al-Qur'an itu sendiri, maka tentu sekali fahaman mereka tidak lengkap, bukannya al-Qur'an !

Nyata sekali di sini, oleh kerana golongan anti-hadith menolak as-sunnah, mereka dalam banyak ketika akan keliru dan meletakkan maksud ayat-ayat al-Qur'an bukan pada konteksnya, memahami ayat dalam kefahaman yang salah, meletakkan hukum tidak kena tempatnya, maka inilah punca utama mengapa golongan anti-hadis telah sesat.

Oleh kerana sudah terlalu panjang, elok juga saya berhenti setakat ini dahulu. InsyaAllah, saya akan sambung lagi kupasan ini bila berkesempatan dengan membawakan beberapa lagi faktor sampingan yang mendorong mereka kelembah kesesatan; dengan membawakan lagi beberapa contoh yang saya kumpulkan daripada kiriman e-mail mereka. Semoga Allah membantu saya dan antum semua untuk menggempur fahaman mereka yang SESAT ini. Semoga Allah meredhai usaha saya ini dan membantu saya dan ikhwan semua dalam mencari keredhaanNya.

Ameen! Wassalamu'alaikum wrt wbt!

(sambungan)

Assalamu'alaikum wrt wbt!

Alhamdulillah!

Dengan limpah kurniaNya dapat saya kembali bersama ikhwan semua dalam medan siber ini. Setelah meneliti kumpulan e-mail yang saya terima, seperti yang dijangka, kali ini saya mula menjadi mangsa celaan dan cercaan daripada golongan anti-hadith (GAH) apabila mesej yang saya tulis didapati 'telah melukai' mereka. Sekali baca, memang hangat juga rasa hati, apatah lagi apabila banyak sekali kata-kata kesat, penghinaan dan label kafir yang dilemparkan sewenang-wenangnya oleh mereka. Tapi menyedari bahawa itulah antara tanda-tanda orang yang sesat (mudah mengutuk dan mencerca orang lain), maka hati saya menjadi tenang kembali. Pada kali ini, insyaAllah saya akan sambung lagi,...

Faktor Penyebab Kesesatan Golongan Anti-Hadith (sambungan)

Pertamanya saya memohon maaf kerana tidak sempat merumuskan hujjah saya tempoh hari berkenaan dengan faktor kedua i.e. membaca al-Qur'an hanya melalui terjemahan. Apa yang saya maksudkan di sini ialah golongan yang CUMA membaca terjemahan al-Qur'an sahaja tetapi telah beranggapan bahawa mereka telahpun membaca al-Qur'an. Sehubungan dengan ini, saya tidak menyukai terjemahan al-Qur'an semata-mata tanpa disertai teks asal kerana ia boleh mengelirukan kita (oleh itu, buku "Bacaan" karya Othman Ali tidak dapat saya akui malahan patut dikeji pula kerana penterjemahnya sendiri pernah menyatakan bahawa beliau "tidak arif tentang bahasa Arab!"), seolah-olah terjemahan itu adalah "alternatif" kepada teks asal al-Qur'an padahal tiada satupun terjemahan yang boleh dianggap setaraf dengan al-Qur'an.

Ayat-ayat al-Qur'an adalah sangat unik, setiap hurufnya mempunyai makna tersendiri, unik dan susunan ayatnya tidak akan mampu ditandingi oleh manusia (rujuk misalnya cabaran Allah melalui ayat 23-24, surah al-Baqarah). Saya bawakan satu lagi contoh bagaimana siratan maksud terselit di dalam bahasa asal al-Qur'an. Kali ini, berkenaan dengan kekuasaan Allah iaitu keupayaan "kun fayakun' sepertimana maksud ayat kedua terakhir surah Yaasin:

"Hanya urusanNya, bila Ia menghendaki (mengadakan) sesuatu, Ia berkata kepadanya : 'Jadilah (engkau)!', lalu jadilah ia" [Yaasin; 36:82].

Bila kita merujuk teks asal, perkataan yang digunakan ialah 'kun' iaitu simpulan huruf 'kaf' dengan 'nun'. Apabila kita sebut sahaja huruf  'kaf' disini, dengan serentak, huruf  'nun' akan menurutinya (sebagaimana urutan abjad alif, ba,ta ) yang mengikut sesetengah tafsir menjadi petunjuk bahawa antara keistimewaan kekuasaan Allah ialah apabila Dia berkehendakkan (iradat) sesuatu berlaku, maka sesuatu itu akan berlaku tanpa ada sedikitpun selang masa! Itulah antara kelebihan Allah diatas makhlukNya, Dia bukan sahaja tidak memerlukan sesuatu untuk mencipta (lain halnya dengan manusia mencipta sesuatu daripada benda-benda yang sudahpun ada) malahan Allah juga tidak beruntukkan masa, bila berlaku iradat Allah terhadap sesuatu maka pada saat itu juga sesuatu itu berlaku.

Inilah antara maksud yang ditunjukkan secara tersirat di dalam perkataan 'kun' tersebut. Banyak lagi contoh lain yang menunjukkan bahawa terjemahan oleh manusia walaupun setinggi manapun ilmunya tidak akan dapat mencakupi kesemua maksud yang tersirat di dalam al-Qur'an. Maka tidak ada satupun terjemahan yang sempurna. Adapun terjemahan biasa yang terdapat di pasaran adalah dialu-alukan kerana ia disertakan dengan teks asal, demi untuk memudahkan sesiapa sahaja mengambil serba sedikit pengertian daripada ayat-ayat yang dibaca.

Walau bagaimanapun, hujjah saya kekal iaitu, untuk mendalami isi al-Qur'an seseorang itu perlulah mempelajari bahasa al-Qur'an itu sendiri iaitu bahasa Arab. Manakala buku-buku tafsir pula adalah patut dirujuk kerana ia adalah PANDUAN yang diberikan oleh para pentafsir yang sudah bertahun-tahun mengkaji al-Qur'an dan amat mahir dalam ilmu pengkajian al-Qur'an ini. Mereka menghabiskan usia dan tenaga mereka untuk mengkaji al-Qur'an demi untuk membantu ummat memahaminya sebaik mungkin. Maka, inilah yang dimaksudkan dengan rantaian murni ahli sunnah;

"Sebaik-baik hadis adalah al-Qur'an, sebaik-baik pembimbing (guru utama yang mengajarkan al-Qur'an)

adalah RasuluLlah (SAW), kemudian tugas Rasul ini diwarisi oleh para ulama" [di sini dalil saya berdasarkan penggabungan sekurang-kurangnya 2 maksud hadis iaitu hadis sahih Bukhari yang dibawakan pada siri 1, dengan hadis "Ulama pewaris para nabi"].

Pada siri ini, mari kita lihat faktor seterusnya...

3) Suka berdebat dan enggan mengalah.

Sengaja saya dahulukan faktor ini pada kesempatan ini  kerana saya dapati mereka masih lagi membawakan hujjah-hujjah lama (cthnya seperti tatacara salam, tidak membezakan (la nufarriqu) para nabi, etc) walaupun idea-idea mereka ini telahpun dipatahkan secara jelas dan tiada hujjah diterima daripada mereka untuk menolak kembali hujjah yang telah saya kemukakan. Cara mereka tidak lebih kepada memomokkan hujjah saya seperti budak-budak degil yang membebel sendirian apabila disuruh oleh ayah/ibu. Ini juga adalah tanda mereka sebenarnya bukanlah mengajak kita berhujjah untuk mencari kebenaran, tetapi hanya untuk "membuat onar". Mereka masih cuba "menegakkan benang yang basah", walaupun hakikatnya usaha mereka itu hanyalah akan menambahkan kesesatan mereka sendiri. Cara mereka ini, jika diteruskan, tidak akan membawa mereka kepada kebenaran malahan lebih jauh tersesat.

Marilah kita perhatikan beberapa dalil berkenaan dengan sifat berdebat dan berhujjah secara tidak keruan begini:

1. "Barangsiapa meninggalkan perdebatan dalam keadaan keliru (mungkin kalah) dibuat untuknya rumah di pinggir syurga. Dan barangsiapa yang meninggalkan perdebatan sebagai pihak yang benar dibuatkan rumah untuknya di tengah syurga. Sedangkan bagi yang baik budi pekertinya, dibuatkan rumah untuknya di bahagian atas syurga" [HR Abu Daud]

2. "Sesuatu kaum yang memperolehi hidayah tidak akan sesat kecuali setelah terlibat dalam perdebatan" [HR Timidzi]

Apa yang dimaksudkan oleh kedua-dua hadis di atas adalah perdebatan berlarutan yang sudah tidak perlu/patut lagi diteruskan, misalnya apabila satu pihak telah membawakan dalil yang kuat dan tidak disangkal, tetapi satu pihak lagi masih terus berkeras dengan hujjahnya walaupun sudah nyata kedudukan

perkara tersebut. Padahal pada ketika ini, mengikut adabnya, pihak yang kalah perlulah menerima hujjah yang lebih kuat ataupun jika masih kurang puashati, mereka hendaklah menerima perbezaan secara hati yang terbuka. Dengan demikian, perdebatan tidak akan berpanjangan sehingga menyesatkan dengan berlakunya ulangan fakta dan hujjah secara tidak perlu tetapi dengan intonasi yang lebih keras, memungkinkan berlakunya persengketaan walaupun jika isu yang diperdebatkan adalah isu remeh-temeh.

Ingatlah, perdebatan bertujuan mencari kebenaran, bukannya mencari sengketa. Lain pula halnya dengan GAH, mereka bukan sahaja gagal dalam membawakan hujjah secara teratur untuk melawan hujjah-hujjah yang diajukan, tetapi seringkali hujjah balas mereka dibawakan secara tidak keruan (semacam 'machine gun'), dengan menghamburkan ayat-ayat al-Qur'an tanpa penelitian tentang kaitan dan konteks ayat-ayat tersebut dengan hujjah mereka, disertai pula dengan kata-kata kesat, penghinaan dan label yang tidak sepatutnya yang secara jelas menunjukkan betapa busuknya hati mereka dan betapa jauh mereka sesat, bukan sahaja daripada konsep perdebatan yang dibenarkan (i.emuzakarah), malahan cara mereka lebih kepada menghamburkan fitnah jua.

Sikap menghamburkan ayat-ayat al-Qur'an tanpa penelitian dan tidak kena pada tempatnya ini bukan sahaja melanggari etika perdebatan bahkan mencemarkan kesucian ayat-ayat al-Qur'an itu sendiri. Oleh yang demikian, dakwaan bahawa mereka 'membela al-Qur'an' telah dibuktikan sebaliknya oleh cara dan tindak-tanduk mereka sendiri!

Misalnya, isu adab memberi salam. Walaupun sudah berulangkali diterangkan bahawa arahan memberi salam dalam ayat 6:54 itu adalah dalam arahan umum dengan disertakan beberapa dalil yang qati'e, mereka masih tetap dengan pegangan mereka melabelkan 'kafir' kepada sesiapa sahaja yang memberi salam selain yang demikian (i.e "salamum 'alaikum').

Dengan pertolongan Allah, saya menjumpai 2 lagi cara penyampaian salam di dalam al-Qur'an sendiri yang berlainan daripada yang dimaksudkan iaitu:

i) "salamun 'ala manittaba'al huda " – keselamatan untuk orang yang mengikut petunjuk (Taa Ha; 20:47).

Cara salam ini kalau tak silap saya juga terdapat di dalam kandungan surat Rasulullah(SAW) kepada Hercules sebagaimana tertulis di dalam sahih Bukhari sebagai satu cara memberi tawaran/dakwah/pembuka kata ditujukan kepada mad'u yang belum Muslim.

ii) Malaikat mengucapkan "salaaman", dijawab oleh Nabi Ibrahim (AS),"Salaamun", sebagaimana tertulis pada ayat 25, surah az-Zariyat.

Kenyataan GAH bahawa sesiapa yang mengucapkan selain dari "salamun 'alaikum"sebagai kafir seolah-olah menganggap bahawa Allah sekali lagi bersikap 'double-standard', juga membawa implikasi melabelkan malaikat dan Nabi Ibrahim (AS) sebagai 'kafir'. Alangkah buruk fahaman mereka ini! Sikap DEGIL dan tidak mahu menerima kebenaran hujjah lawan sebaliknya berusaha terus untuk menegakkan fahaman mereka pada saya menjadi pemangkin (catalyst) kepada kesesatan mereka.

Sikap inilah yang ditunjukkan oleh para kafir Quraish apabila cabaran mereka disambut oleh Rasulullah (SAW), untuk membelah bulan dengan tangan/jari Baginda. Apabila Baginda berjaya melakukan sebagaimana yang dipinta, mereka masih tetap engkar walaupun sebelumnya mereka berjanji akan akur jika Baginda berjaya melakukan sedemikian. Kisah inilah yang menjadi antara intisari latar belakang turunnya beberapa ayat awal surah al-Qamar (lihat rakaman sikap mereka di dalam surah al-Qamar, ayat 1-7 - untuk keterangan lanjut, rujuk kitab-kitab tafsir).

Sikap degil dan tetap kepada kefahaman sendiri walaupun telah dibuktikan salah inilah yang menandakan seseorang itu telah betul-betul sesat. Iblis laknatuLlah sendiri tahu bahawa dia telah sesat dan salah, tetapi tetapberdegil dengan sikap egonya, malahan berusaha menyesatkan manusia pula untuk mengikut jejak langkahnya. Mereka yang bersikap begini, bagi saya memang patut sangat dihapuskan kerana mereka sebenarnya sudah tenggelam di dalam kesesatan bahkan boleh menyesatkan orang lain pula. Tidak guna berdakwah kepada kumpulan sebegini kerana ia tidak akan membawa mereka ke mana malahan membazirkan masa kita sahaja. Sebagaimana arahan Allah kepada NabiNya (SAW) selepas peristiwa al-Qamar itu, yang antaranya bermaksud:

"Maka berpalinglah engkau daripada mereka. (Pergilah) pada hari menyeru yang menyeru (malaikat) kepada sesuatu yang munkar (i.e. huru-hara Hari Kiamat)";[al-Qamar, 55:6].

Itulah sebabnya saya dan beberapa ikhwan telah menjauhkan diri daripada berhujjah dengan mereka walaupun diminta oleh beberapa netters. Ajakan mereka untuk berhujjah itu hanyalah mencari publisiti murahan untuk promosi ajaran anutan mereka, bukannya untuk mencari kebenaran. Maka tidak perlu lagi dilayan kerenah mereka, malahan kalau ada kesempatan dan peluang, hapuskan mereka sebagaimana maksud hadis sahih Bukhari yang pernah saya bawakan dahulu. Puak GAH tetap degil dengan kefahaman mereka walaupun ditunjukkan dalil yang kuat dan qat'i diambil daripada al-Qur'an yang kononnya mereka junjung. Sikap beginilah yang membawa mereka terus jauh daripada kebenaran, bahkan cuba menyesatkan orang lain pula. Maka sikap suka berdebat beginilah yang perlu dijauhi kerana ia merupakan sifat yang menyesatkan. Teringat saya kisah Syeikh Siti Jenar yang masih tetap mahu berdebat walaupun hampir dipancung oleh Sunan Kali Jaga dalam kisah Wali Songo yang popular (akh Hafidzi, tolong betulkan jika ana tersilap fakta). Mungkin tanpa disedari M. Nasir sendiri (kerana beliau mendedahkan dalam majalah "Tamaddun" keluaran Februari, 1998, tujuan beliau hanya untuk duit!), kisah ini terakam dalam lirik lagu  "Tanya sama itu Hud-hud" :

"Oh! Sang algojo..( Siti Jenar berkata kepada Tukang pancung, i.e., Sunan Kali Jaga)

Oh! Nanti dulu..

Berikanku kesempatan akhir ini

Untuk menyatakan kalimah sebenar (masih nak berdebat w/pun dah hampir ajal)

Berikanku kesempatan akhir ini Lai! Lai! Lai! Lai! (perkataan yang mengarut/syirik)"

Maka sepertimana yang telah dilakukan oleh sunan Kali Jaga, jika ditemui lagi golongan sebegini, tak usah layan lagi kerenah mereka. Kalau ada peluang, bunuh saja! Semoga tulisan ini bermanfaat untuk saya dan antum semua. Segala kesilapan adalah disebabkan oleh kejahilan saya jua, harap ditegur. Semoga kita terselamat daripada fitnah GAH dan bermacam lagi fitnah akhir zaman ini. Insya Allah bersambung dengan faktor yang lain pula...

Wassalamu'alaikum ...!

Saudaramu dalam Islam: Rozi Bin Muda

No comments:

Post a Comment