Keajaiban
dunia sempena kelahiran Rasulullah s.a.w....................
"Kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah
sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran baginda menjadi seribu
satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan
risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.
Baginda
mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum
kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar
biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi
manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan
kepada tiga:
1. Irhas yang
dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2.
Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim
melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian
luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Sehubungan
itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di
sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum
tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di
sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.
Sebenarnya
banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Pertama,
semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau
tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
Kehamilannya
disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau
sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang
Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
Selain itu
kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada
wajah Abdullah ke wajahnya.
Kedua, ketika
Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya
membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah di
persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu
rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk
membincangkannya.
Ketiga,
peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang
menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang
seekor gajah besar bernama Mahmudi.
Apabila mereka
hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan
izin Allah.
Namun
demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka
sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan
diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
Keempat,
Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit
dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang
terapung di angkasa.
Kemudian
malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk
saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong
dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''
Semasa
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini
ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada
Nabi Isa dan Musa.
Keadaan ini
diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada
akhir zaman.
Semasa baginda
dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan
baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia
dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh
kota-kota tersebut dapat dilihat.
Ada juga yang
berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat
dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa
suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.
Aminah sendiri
melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya mengangkat ke
langit seperti seorang yang sedang berdoa. Kemudian bondanya melihat awan turun
menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia
mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan
menghapuskan segala perkara syirik''.
Selepas itu
awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan
nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan
tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.
Dikatakan juga
pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami
kerosakan dan kemusnahan.
Menurut
riwayat daripada Abdul Mutalib, ``Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba
berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara
dari dinding Kaabah berkata, ``telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan
orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan
memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''
Selain itu di
tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan
mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini
merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.
Namun, api di
negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam
dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang
dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu
yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci
tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap
sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah
tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu
susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau
setelah mengalami kemarau.
Begitu juga
binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu,
Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian
baginda.
Halimah dan
suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala
melindungi baginda daripada panas matahari.
Ketika berusia
empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba
datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail.Lalu
membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan mencuci gumpalan
darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci
di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.
hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah
melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?
Berdasarkan
peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan
tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara
-perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi
Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping
itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu
seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"
No comments:
Post a Comment