TASAWUF
- BAB PENIPUAN
Pengajian
kita pada kali ini adalah dari bahagian Tasawuf dan pengajian kita ini adalah
berdasarkan kitab bernama Mauizatul Mukminin atau 'kerengkasan daripada kitab
asal iaitu Ihya' ULumuddin karangan Imam Ghazali r.h. Taala. Dan perkara yang
hendak kita perkatakan dalam pengajian tasawuf kita ialah bab penipuan.
Sebelum
kita pergi kepada pokok pengajian kita, elok juga kita katakan di sini
tentang betapa pentingnya kita mempelajari ilmu tasawuf, lebih lebih lagi di
akhir akhir ini di mana setengah setengah orang tidak lagi menghiraukan
pengajian tasawuf ini kerana bagi mereka pengajian tasawuf ini menghalang
kemajuan. Padahal ilmu tasawuf ini adalah satu pengajian yang dapat menjaga
amal yang kita kerjakan itu benar benar ikhlas kepada Allah SWT. Ada setengah
ulama mengatakan betapa sekiranya seseorang itu tidak mempelajari ilmu
tasawuf dia akan selalu membuat dosa yang dia tidak selalumembuatdoayangdia
tidak sedar. Manakala kalau dia mati, dia adalah mati dalam keadaan dosa yang
tidak sedar. Dalam lain lain perkataan dia dikatakan mati dalam su ul
khotimah. Seseorang yang mati dalam keadaan berdosa, walaupun dia tidak
sedar, matinya tetap masuk neraka.
Dan
sebelum kita meneruskan pengajian kita kali ini, elok juga saya ingatkan
kepada kita semua supaya dalam kita memulakan setiap pengajian fardhu ain
kita, eloklah kita betulkan niat kita kerana niat ini adalah penting dalam
setiap amal bakti kita ituditerima sebagai ibadah di sisi Allah SWT. Di
antara niat niat yang baik yang elok kita pasang pada diri kita ialah dalam
kita hendak menuntut ilmu fardhu ain ini, hendaklah kita ingatkan bahawa ia
adalah menjadi satu tuntutan syariat. Ertinya, kita mengaji fardhu ain kerana
ianya memang dituntut oleh Allah SWT sepertimana sabda Rasulullah SAW, yang
maksudnya:"Menuntut ilmu itu adalah diwajibkan bagi setiap Muslim."
Kemudian,
niat yang kedua yang elok kita pasang pada diri kita ialah kita menuntut
fardhu ain ini adalah dengan tujuan membebaskan diri kita daripada kegelapan.
Dengan kata kata yang lain, kita menuntut ilmu supaya kita keluar dari
kegelapan kepada alam keterangan. Sebabnya, alam ilmu itu merupakan alam
cahaya manakala alam kejahilan itu ialah alam kegelapan. Ertinya, ilmu itu
merupakan petunjuk manakala jahil itu merupakan kesesatan. Orang yang berada
dalam kejahilan bererti bahawa dia tidak dapat petunjuk untuk menyuluh
kehidupannya.
Seterusnya,
niat kita yang ketiga ialah, kita menuntut ilmu ini dengan tujuan agar kita
dapat mengamalkan ilmu yang kita pelajari sebagai panduan hidup kita di semua
aspek dan semua bidangnya agar kita tidak tersesat di dunia ini dan agar kita
terlepas daripada penderitaan Tuhan di alam neraka nanti. Dan di antara niat
yang baik yang elok juga ada pada diri kita ialah, kita mengaji ilmu fardhu
ain ini dengan tujuan agar ilmu yang kita pelajari ini dapat kita sampaikan
sekurang-kurangnya kepada anak isteri kita dan kaum keluarga kita.
Menyampaikan ajaran Allah ini kepada orang lain, termasuk pada anak isteri
kita, adalah sesuai dengan kehendak syariat kita sepertimana yang disabdakan
oleh Rasulullah SAW, yang maksudnya:"Sampaikanlah daripada aku walaupun
sepotong ayat."
Inilah di antara niat yang mesti kita pasang dalam setiap pengajian fardhu ain kita agar kerja mencari ilmu kita ini menjadi ibadah kepadaAllahSWT. Bila kerja kita ini menjadi ibadah, maka yang akan kita terima dari Allah SWT ialah pahala. Andainya kita boleh memasang lebih banyak niat yang sesuai dengan syariat, maka lebih banyaklah pahala yang akan kita perolehi dari Allah SWT. Seperti umpamanya, kalau kita pergi sendiri ke satu satu majlis pengajian, selain dari kita hendak mencari ilmu kerana tujuan tujuan di alas tadi, kita niatkan juga supaya kita dapat bersilaturrahim, supaya dapat kita bertukar tukar fikiran untuk membangunkan masyarakat Islam.
Demikianlah
kita memasang niat dalam satu satu urusan yang hendak kita lakukan. Ia
mestilah dengan sebanyak banyak yang boleh, agar dengan niat niat itu, kita
mendapat sebanyak banyak pahala di sisi Allah SWT. Sekarang, marilah kita
memperkatakan tentang pengajian kita kali ini iaitu celanya penipuan.
Sepertimana yang selalu kita perkatakan atau sepertimana yang selalu tuan
tuan guru kita berkata, dunia ini adalah negara bala bencana dan ujian.
Manakala akhirat itu merupakan negara kemurkaan Tuhan atau pun
keredhaanTuhan. Jadi,kita yang hidupdiatas muka bumi Allah ini sentiasa
diuji. Dari masa ke masa, dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari
bulan ke bulan dan begitulah seterusnya, kita tidak putus putus diuji oleh
Allah SWT. Kita pula diuji dengan bermacam-macam ujian, dengan kesakitan,
dengan kemiskinan, dengan kesusahan, dengan dikata orang, dengan difitnah
orang, dengan bencana alam dan sebagainya dengan tujuan agar manusia disaring
atau ditapis; siapakah di antaranya yang baik dengan yang jahat, siapakah di
antaranya yang sanggup beribadah kepada Allah SWT dan siapa yang tidak
sanggup, siapakah di antaranya yang taat kepada Allah dan siapa yang derhaka.
Sebab itulah di dalam Al Quran dikatakan, maksudnya:"Allah lah yang
menjadikan mati dan hidup ini agar Allah dapat menguji kamu siapakah di
antara kamu yang lebih baik amalannya."(Al Mulk: 2)
Jadi
di sini Allah sendiri telah menyatakan kepada kita yang Allah menjadi mati
dan hidupitu, ertinya Allah menjadikan dunia dan akhirat itu untuk menguji
manusia, siapakah di antara manusia ini yang lebih baik amalannya, siapakah
yang lebih bertaqwa dan sebagainya. Jadi, kita hidup di atas muka bumi Allah
ini sentiasa akan diuji oleh Allah SWT. Jadi, oleh kerana kita ini sentiasa
diuji oleh Allah SWT yang mana kadang kadang ujian itu kita sedar dan kadang
kadang kita tidak sedar, kadang-kadang ujian itu ringan dan kadang-kadang
berat, yang ujian ujian itu pula datangnya tidak menentu, maka itu kita yang
hidup di atas muka bumi Allah ini tidak dapat lihat Allah datangkan itu kita
tidak tahu bila masanya, berat atau ringan dan sebagainya, macam mana kita
boleh hendak relek-relek.
Mengapakah
demikian caranya Alalh hendak memberikan ujian kepada manusia ini? Sebabnya,
apabila manusia ini diuji, barulah dia akan tahu bagaimana dia berhadapan
dengan ujian ujian itu. Apakah dia sanggup memikulnya atau tidak. Apakah dia
akan sabar atau tidak. Dan begitulah seterusnya. Dan setelah manusia dapat
menempuh ujian ujian yang Allah datangkan, barulah ada natijahnya. Dan
natijah ini adalah di akhirat nanti, sama ada kemurkaan dari Allah atau
keredhaan dari Allah SWT. Barang siapa yang berjaya menerima ujian dan
selamat dari tipuan dunia ini, dia berjaya mendapat keredhaan Allah SWT, dan
dia adalah orang yang berjaya di akhirat. Barangsiapa yang tidak berjaya
menempuh ujian dan dia sentiasa dapat ditipu oleh dunia, maka dia akan
mendapat kecelakaan dari Allah SWT dan di akhirat dia akan dihumbankan ke
dalam neraka, waliyazubillah.
Jadi,
dunia ini adalah negara bala dan ujian dan apabila didatangkan ujian ujian
yang berbagai bagai bentuk dan berbagai bagai macam itu kepada manusia,
apakah manusia tertipu atau tidak. Siapa yang tertipu, maka celakalah dia di
akhirat dan siapayang tidak tertipu dengannya, berbahagialah dia di akhirat
dengan syurga Allah.
Adapun
ujian yang Allah berikan itu adalah bermacam macam. Di antaranya, Allah beri
kita dengan bermacam macam nikmat. Apakah kita boleh bersyukur atau tidak.
Kalau kita boleh bersyukur, maka kita adalah orang yang tidak tertipu oleh
nikmat tetapi kalau kita tidak boleh bersyukur, maka kita adalah orang yang
telah dapat ditipu oleh nikmat dunia. Allah timpakan ke atas kita kesusahan
dan kemiskinan. Apakah kita boleh bersabar, atau tidak. Kalau kita boleh
bersabar, maka kita tidak tertipu oleh kemiskinan dan kesusahan itu.
Sebaliknya, kalau kita tidak dapat bersabar, maka kita telah ditipu oleh
kesusahan dan kemiskian itu.
Kemudian
Allah tentukan hartanya begian begian. Dia hendak banyak harta tetapi dapat
sedikit. Allah tentukan juga anaknya begian begian. Dia hendak anak banyak
tetapi dapat sedikit. Jadi setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kita,
sudah ditentukan oleh Allah SWT. Apa yang kita dapat itu tidak sebanyak mana
yang kita yang kita mahu. Kita hendak sesuatu itu banyak, tetapi dapat
sedikit. Dalam hal ini, kenalah kita redha. Soalnya, apakah kita boleh redha
atau tidak. Kalau kita tidak boleh redha dengan ketentuan dari Allah SWT itu.
Seandainya kita boleh redha dengan ketentuan dari Allah SWT itu, maka kifa
telah berjaya mengelakkan diri kita tertipu oleh dunia yang melindung kita
untuk nampak perkara perkara yang menjadi ketentuan Allah SWT.
Begitu
juga, Allah uji kita dengan perintah supaya taat beribadah kepadaNya
semata-mata sepertimana yang disebut dalam Al Qur'an. Apakah kita boleh taat
dengan perintah Allah itu atau tidak. Kalau kita boleh taat dengan perintah
itu, bermakna kita telah dapat mengelakkan diri daripada tertipu oleh dunia
tetapi kalau kita tidak boleh taat beribadah kepada Allah, ertinya, kita
sudah tertipu oleh dunia.
Seterusnya,
Allah uji kita dengan perkara perkara yang lain, seperti Allah uji kita
dengan larangan-laranganNya, dengan tegahan-tegahanNya. Allah adakan sempadan-sempadan
dan hukum-hukum yang tidak boleh kita lakukan. Apakah boleh kita taat
menjauhi larangan larangan dan tegahan tegahan Allah itu. Kalau kita boleh
jauhi, kita tidak tertipu dengan larangan larangan itu tetapi kalau kita
tidak boleh jauhi, kita sudah tertipu dengan larangan larangan itu. Begitu
juga, kalau kita boleh berbakti kepada Allah SWT dan kalau kita boleh beramal
kepada Allah SWT kerana memang itu yang dituntu oleh Allah SWT kepada kita,
apakah kita boleh pula menjaga amal bakti kita itu kepada Allah SWT atau
disebaliknya. Barangsiapa yang tidak boleh menjaga amal ibadahnya kepada
Allah SWT, maka orang itu telah tertipu dan barangsiapa yang boleh menjaga
amal ibadahnya kepada Allah SWT, maka orang itu telah tertipu dan barangsiapa
yang boleh menjaga amal ibadahnya kepada Allah, orang itu terlepas daripada
penipuan. Mengapa dikatakan demikian? Sebab, selepas saja kita melakukan amal
bakti kepada Allah SWT, amal bakti itu kena kita jaga. Kalau tidak, ia akan
rosak semula. Sebab itu, dalam hidup kini, jangan kita hanya fikir amal
ibadah saja, lupa kita hendak memikirkan tentang penjagaan amal ibadah kita
itu.
Katakanlah
selepas kita beramal, di dalam hati kita termasuk dalam hari kita rasa ujub
dan rasa riak. Disini kita telah tertipu dengan amal ibadah kita. Kita tidak
boleh jaga ibadah kita. Sebab itu, selepas kita beribadah, jangan sampai kita
tertipu dengan ibadah kita, riak sudah masuk ke dalam amal ibadah kita itu.
Satu apa pun tidak dinilai lagi oleh Allah SWT. Jadi, amal bakti kita kepada Allah
SWT kena kita jaga. Nampaknya, sampai kepada peringkat amal bakti kita kepada
Allah SWT pun, belum tentu kita boleh berjaya. Seorang itu sampai sudah boleh
beramal ibadah kepada Allah SWT. Sebabnya, sudah boleh beramal pun, kita
masih diuji oleh Allah. Dengan sebab itu, tidak ada masa bagi kita untuk
berlalai-lalai kerana setiap masa dan setiap ketika kita kena berjaga jaga.
Ibarat kita berkebun dan bercucuk tanam, selepas kita bercucuk tanam, kita
terpaksa pula menjaga tanam tanaman kita itu supaya tidak dirosakkan oleh
musuh musuh seperti serangga dan sebagainya. Ertinya, kenalah kita pagar
tanam-tanaman kita itu atau sekurang-kurangnya kita buat pondok-pondok kecil
di tengah tengah ladang kita itu supaya kita dapat menjaga musuh musuh yang
hendak datang merosakkan tanam tanaman kita. Jadi, kalau kita hanya bertanam
saja tetapi kita tidak jaga dan tidak kawal tanam tanaman kita itu daripada
musuh-musuhnya, takut takut letih saja kita bercucuk tanam. Kita yang letih
bertanam, babi hutan yang kenyang, siput babi yang kenyang, lembu dan kambing
yang gemuk.
Jadi,
sudah sampai boleh bercucuk tanam sekalipun, namun belum tentu lagi dia boleh
memetik hasilnya. Sebab, musuh musuhnya adalah banyak dan kalau musuh itu
tidak dikawal dan tidak dijaga, musuh musuh itulah yang akan merebut apa yang
kita tanam itu. Kita tidak dapat apa apa. Begitulah dengan ajaran Islam ini.
Walaupun sudah berjaya kita meninggalkan yang haram dan makruh, namun belum
tentu kita berjaya mendapat pahalanya di sisi Allah SWT, kalau kita tidak
kawal amal kita itu sungguh sungguh. Jadi, setiap ibadah, kena kita kawal
supaya tidak masuk ujub, tidak masuk riak, tidak masuk hasad dengki, lebih
lebih lagi tidak masuk syirik. Kalau amal ibadah kita sudah bercampur dengan
syirik, habis segala-galanya. Habis segala pahalanya daripada mula dia
membangunkan amal ibadah itu waktu dia baligh sampailah kepada waktu dia
melakukan syirik itu. Sebabnya perbuatan syirik merosakkan seluruh amal
ibadah seorang itu, hatta membatalkan terus imannya. Kalau riak atau ujub
atau hasad dengki, is hanya membatalkan ibadahnya yang bercampur dengan riak
dan ujub dan hasad dengki, ia boleh mengikis pahala amal ibadah kita sedikit
demi sedikti sampai habis. Sabda Rasulullah SAW, maksudnya: "Hasad
dengki itu boleh menghapuskan kebajikan sepertimana api, ia menghapuskan kayu
api."
Sebab
itu, kalau kita sudah boleh beramal ibadah, jangan kita berbangga lagi kerana
amal ibadah kita itu boleh rosak kalau ianya tidak kita kawal dan kits jaga
daripada sifat sifatmazmumah di dalam dirikita. Lebih rosak amal ibadah kita,
sekiranya kita tidak berakhlak. Dengan sebab itu jugalah, ulama ulama ada
berkata, beramal dan beribadah itu adalah lebih mudah daripada menjaga amal
dan ibadah itu. Buktinya, ramai orang boleh mendirikan sembahyang tetapi
dalam dia riak, dia masih ujub clan sebagainya. Ertinya, nak mendirikan
sembahyang itu adalah mudah tetapi hendak mengawal sembahyang itu daripada
riak, hasad dengki, ego, sombong clan lain lainnya itu, adalah amat susah
sekali.
Di
sini barulah kita faham bahawasanya seorang yang sudah berjaya membangunkan
amal ibadah itupun, dia belum tentu selamat lagi. Kalau begitu, betapalah
dengan orang yang tidak beramal ibadah langsung, lebih lebih lagilah tidak
selamatnya. Dan barulah kita faham juga bahawasanya, setakat sudah berjaya
kits membangunkan amal ibadah pun, kita patut lagi bimbang kerana untuk
mendapatkan pahala dari Allah itu adalah susah sekali. Untuk mendapatkan
keredhaan Allah itu adalah amat susah sekali. Manakala kalau kita dapat
merasakan bahawasanya mendapatkan keredhaan Allah itu adalah amat susah
sekali, tentulah terasa pada diri bagaimana kita boleh selamat. Kalaupun kita
boleh bangunkan ibadah, apakah kita boleh selamat atau tidak. Maknanya, tidak
sempat kita hendak fikirkan tentang diri orang lain kerana kita asyik
memikirkan diri kita, apakah kita selamat di akhirat atau tidak.
Maka
itu, di sini dapatlah kita faham lagi bahawa setiap manusia ini akan diuji
oleh Allah SWT, yang mana ujian itupula adalah berbagai-bagai bentuk dan berbagai-bagai
macam. Sedangkan dalam kita melakukan amal ibadah kepadaAllahSWT pun, kita
tetap diuji. Siapa yang dapat berhadapan dengan ujian-ujian itu, maka
berbahagialah dia di akhirat dan siapa yang tidak dapat berhadapan dengan
ujian itu, maka sengsaralah hidupnya di akhirat nanti. Dan orang yang berjaya
berhadapan dengan ujian-ujian Allah itu ialah orang yang dapat melepaskan
daripada penipuan. Tetapi orang yang tidak berjaya menghadapi ujian-ujian
Allah, itulah orang yang tertipu dengan ujian Allah.
Maka
itu, kita mesti melepaskan diri daripada penipuan dunia ini. Dan di antara
cara cara bagaimana kita boleh mengelakkan diri dariapda penipuan ini ialah
menurut Imam Ghazali r.h. Taala, seseorang itu mesti ada sifat sedar dan
sifat cerdik. Kata Imam Ghazah, "Anak kunci kebahagiaan di akhirat ialah
kebahagiaan yang hakiki dan kebahagiaan yang kekal abadi. Orang yang banyak
memikirkan kebahagian yang kekal abadi. Orang yang banyak memikirkan
kebahagiaan akhirat ialah orang yang dapat mengelakkan diri dari tipuan
dunia. Cuma, orang yang berjaya mendapat kebahagiaan akhirat itu ialah orang
yang mempunyai sifat sedar dan sifat cerdik. Apakah yang dikatakan sedar di
sini? Sedar di sini, bererti sedar bahawa akhirat itulah tempat kembali dan
juga sedar bahawa Allah itu maha berkuasa yang mana kuasa Allah itu bila bila
masa pun boleh berlaku. Inilah dia orang yang sedar.
Kemudian,
yang dikatakan cerdik itu ialah orang yang dapat mengelakkan dirinya daripada
kecelakaan akhirat dan daripada kecelakaan akhirat dan daripada azab neraka
Allah. Begitu juga, yang dikatakan orang cerdik itu ialah orang yang pandai
mencari panduan hidupnya di semua aspek dan di semua bidang agar dia mendapat
keredhaan Allah SWT. Orang yang cerdik juga ialah orang yang pandai membuat
persiapan diri untuk hari akhiratnya. Dalam hal ini, Rasulullah SAW ada
bersabda, Maksudnya: "Orang yang cerdik itulah ialah orang yang dapat
memelihara dirinya dan dia bekerja clan beramal untuk selepas matinya. Dan
orahg yang dungu itu, ialah orang yang mengakui hawa nafsunya dan dia
berangan-angan kepada Allah."
Demikian
sabda Rasulullah untuk menceritakan kepada kitabagaimana yang dikatakan orang
cerdik itu. Rupa-rupanya orang yang cerdik itu bukan ertinya dapat ijazah
universiti, dah jadi profesor dan sebagainya. Tetapi orang yang cerdik itu
sebenarnya ialah orang yang dapat memelihara dirinya dari kecelakaan akhirat
dan dapat pula mengerjakan amal bakti untuk bekalan selepas matinya.
Dan
Rasulullah menyebut didalam hadisnya tentang orang yang dungu atau orang yang
bodoh. Orang ini bukan kerana lulus LCE atau SPM atau tidak dapat masuk
universiti. Tetapi, kata Rasulullah, orang yang bodoh atau dungu itu ialah
orang yang bodoh atau dungu itu ialah orang yang hidup mengikut nafsu dan
berangan-angan kepada Allah, yakni padanya Allah itu maha pengampun, Allah
itu maha Penyayang, maha Pengasih dan sebagainya. Jadi, baginya Allah tidak
akan mematikannya kerana dia masih muda, masih badan sehat clan suka dulu,
nanti bila sudah tua barulah mulakan sembahyang, barulah mula puasa dan
sebagainya. Waktu ini dia masih muda dan masih lambat lagi mati. Inilah
sebenamya sikap orang bodoh. Sebelum ini tadi kita telah katakan bahawa anak
kunci kebahagiaan di akhirat itu ialah sedar clan cerdik. Kalau seseorang itu
ada mempunyai sifat sedar dalam ertikata sedar ia tentang akhirat, sedar ia
tentang syurga dan neraka, sedar ia tentang mati dan seksa kubur, sedar ia
tentang Allah itu maha Berkuasa, maha Mendengar, maha Mengetahui, maha
Melihat dan sebagainya, kemudian cerdik pula iaitu dengan makna dia dapat
memelihara diri dari kecelakaan akhirat serta dapat beramal ibadah untuk
bekalannya selepas mati, maka orang ini sudah memiliki kunci kebahagiaan
akhirat. Apakah pula punca kecelakaan akhirat. Adapun punca kecelakaan
akhirat itu juga ada dua iaitu pertama penipuan dan kedua kelalaian.
Apakah
yang dimaksudkan dengan penipuan di sini? Yang dimaksudkan dengan penipuan
ini ialah, dia tertipu oleh dunia ini, seperti dia tertipu dengan keindahan
alam semulajadinya, dia tertipu dengan rumah besarnya, dia tertipu dengan
kereta besarnya, dia tertipu dengan wanita cantiknya clan sebagainya. Pendek
kata segala yang ada di dunia ini melambai-lambai kita dan memikat hati kita.
Bila kita pandang dia, dia senyum dengan kita. Umpama, kalau seorang gadis
cantik yang umurnya muda belia, tiba-tiba kita lalu di depannya, dia senyum
pada kita serta melambai kita. Tentu sekali gugur iman kita. Tentu sekali
kita akan terpesona dan akan tergila-gila dengannya. Kalau tidak terus gila,
mungkin separuh gila. Bak kata orang, tengok dalam air nampak wajahnya,
tengok dalam cermin, muka kita macam muka dia. Begitu parah sekali jiwa kita
dibuat oleh seorang gadis cantik. Begitulah ibaratnya dengan dunia yang kita
lihat ini. Sama sepertimana kita lihat seorang gadis cantik yang
melambai-lambai kita. Padahal, gadis cantik yang melambai-lambai kita itu,
kalau pun boleh kita miliki, dianya akan menyusahkan kita. Katalah gadis
cantik itu tadi dapat menjadi isteri kita. Akan menyusahkan kita. Kita beli
kereta kecil, dia hendak kereta besar. Kita hendak ke masjid, dia hendak ke
panggung wayang. Kita hendak pergi mengaji, dia hendak pergi shopping
shopping. Parah sekali jiwa kita dibuatnya.
Dunia
juga boleh mengakibatkan diri kita parah. Kita akan tertipu olehnya. Sebelum
kita dapat, mungkin kita akan terpesona dengan kecantikannya. Kita akan
terpesona dengan wang ringgitnya, kita akan terpesona dengan rumah besarnya,
kita akan terpesona dengan wanita cantiknya dan sebagainya. Tetapi bila telah
kita miliki, susah kita dibuatnya. Bukan bahagia yang kita miliki dunia pada
hari ini. Apakah hidup mereka tenang? Apakah mereka bahagia dengan dunia yang
mereka miliki; dengan harta banyaknya, dengan kereta besarnya, dengan isteri
cantiknya dan sebagainya. Apa yang kita dengar melalui surat surat khabar,
orang orang inilah yang banyak membunuh diri, dia dibunuh orang. Hidupnya
sentiasa dalam ketakutan dan kebimbangan. Sampai rumahnya pun dua tiga lapis
pintu besi. Ke sana ke sini terpaksa pakai bodyguard dan sebagainya. Mukanya
sentiasa berkerut dan anak isterinya lintang pukang. Tidak pernah damai rumah
tangganya, walaupun dunia sudah di dalam tangannya. Begitulah dunia telah
menipu dia.
Seterusnya,
ada juga ulama ulama yang mengibaratkan dunia ini sebagai satu lautan yang
dalam yang mana kebanyakan manusia tenggelam di dalamnya dan jarang jarang
yang dapat lepas sampai ke pulau yang di hadapannya. Celakalah bagi mereka
yang tertipu dengan dunia ini. Jadi, punca kecelakaan yang menimpa manusia
ialah penipuan dunia yang sifatnya sementara saja. Kerana sifatnnya sebagai
seorang gadis cantik, maka ramailah manusia yang tertipu dengan kecantikan
dunia ini. Dan inilah yang dimaksudkan dengan penipuan sebagai salah satu
dari punca kecelakaan akhirat.
Kemudian,
lagi satu punca kecelakaan akhirat ialah kelalaian. Kelalaian atau lalai yang
dimaksudkan di sini pun terghalib dan terlalai. Akibatnya, kita lupa hendak
membuat kerja kerja akhirat, kerana kita telah dimainkan oleh dunia, dibuai
buai oleh dunia dan ditipu oleh dunia. Dalam kita terlalai oleh dunia hingga
lupa hendak membuat kerja kerja akhirat atau kerja-kerja amal bakti kepada
Allah, malaikat maut pun tiba untuk mencabut nyawa kita. Masa itu,
kelam-kabutlah kita. Keluh kesahlah kita. Malangnya, sudah tidak ada guna
lagi kerana malaikat maut tidak akan menunggu walau sesaat.
Semasa
dia sehat-sehat sebelumnya bila kita ceritakan kepadanya tentang mati, kita
ingatkan dia tentang akhirat, dia begitu marah sekali. Tetapi bila saat dia
hendak mati itu, Allah akan bukakan hijab yang melindunginya selama ini dari
nampak alam akhirat. Bila dia ternampak alam akhirat yang begitu jauh sekai
bezanya dengan alam dunia ini, dia akan terkejut dan tergamam sampai
terbeliak biji matanya. Cuma, kita yang memandang orang yang hendak mati itu,
tidaklah nampak bagaimana dia terkejut dan tergamam. Biji matanya terbeliak
pun kita tidak nampak kerana segala yang berlaku itu adalah di alam
kerohanian. Terkejut pada diri orang yang hendak mati itu tidak sepertimana
terkejut bagi orang di alam dunia yang mana kita boleh nampak dia melompat
atau melatah. Firman Allah di dalam Al Quran, maksudnya: "Manusia, di
waktu hidupnya dia adalah tidur."
Ertinya,
manusia ini di waktu hidupnya dia sebenarnya tidur;ditidurkan oleh nikmat
dunia. Apabila dia hendak mati, baru dia tersedar. Dia disedarkan oleh alam
akhirat. Dan di dalam A1 Quran juga dikatakan, seorang yang hendak mati itu,
apabila terbuka hijab matanya, hingga dia nampak alam akhirat,dia waktu itu,
ia akan terkejut hingga terbeliak biji matanya. Sebabnya perbandingan antara
dunia dengan akhirat itu adalah begitu jauh sekali. Di waktu hidup di dunia
ini, kita rasa begitu susah hendak laksanakan perintah Allah, terlalu susah
hendak tutup aurat kerana takut orang kata, takut orang pulaukan dan
sebagainya, terlalu susah hendak berjuang dan berjihad kerana bila berjuang
dan berjihad kerana bila berjuang dan berjihad habis terkorban harta. Tetapi,
di waktu hendak mati itu, Allah bukakan hijab hingga ternampak azab neraka,
tempat dia hendak diterjunkan, kesusahan dan azab yang hendak dialami itu
jauh sekali bezanya dengan kesusahan hendak melaksanakan perintah Tuhan di
dunia. Di waktu itulah baru terbeliak biji matanya. Firman Allah, maksudnya:
"Tajam matanya terbeliak."
Jadi
azab dan kesusahan yang kita rasa dalam hendak melaksanakan perintah Allah
seperti hendak bersembahyang, hendak berpuasa, hendak berkorban dan berjihad
dan sebagainya, ianya tidak sesusah mana kalau dibandingkan dengan azab
neraka Allah.
Perbandingannya
samalah seperti kita berhadapan dengan dua malapetaka dalam satu masa yang
sama. Lipan berada sejengkal saja dari kaki kita. Tentunya, di waktu itu,
kita sudah tidak pedulikan sangat lipan dekat kaki kita. Yang kita fikirkan
ialah singa yang 10 depa di depan kita. Mungkin lipan dah menjalar di badan
kita pun, kita tidak hiraukan kerana bahaya singa itu lebih menakutkan kita.
Begitulah ibaratnya kalau seorang itu sedar betapa penderitaan akhirat itu
jauh benar perbandingannya dengan penderitaan dunia, maka tidak nampak di
azabnya penderitaan dunia ini. Tidak nampak dia susahnya hendak bangun subuh
bersembahyang, tidak nampak dia menderitanya hendak berpuasa, tidak nampak
dia menderitanya hendak menutup aurat, ticlak nampak dia menderitanya jatuh
miskin kerana berkorban dan begitulah seterusnya kerana hendak melaksanakan
perintah Tuhan. Sebabnya penderitaan akhirat itu sungguh menggerun dan
mengerikan. Dan penderitaan dunia yang dihadapi, tidaklah sesusah mana
sangat. Susah susah pun, mungkin sementara waktu saja. Susahnya hendak
bersembahyang, mungkin di awal awal saja, lepas itu, jadi mudah. Kalau orang
kata pun, takkan dia boleh mengata sepanjang masa. Kalau ada orang benci,
orang yang suka dan sayang pada kita tetap ada juga. Tetapi, penderitaan
akhirat tidak bersifat sementara. Dengan sebab itulah, penderitaan akhirat
ini hendaklah kita sedari benar-benar. Dan, kalau kita sedar betapa hebatnya
penderitaan akhirat ini,penderitaan dunia ini tidak boleh menipu kita.
Bagaimana susahnya clan deritanya penderitaan dunia ini, ia tetap tidak boleh
mempengaruhi kita dan kita tetap boleh beribadah kepada Allah SWT.
Tetapi,
kalau kita tidak sedar betapa hebatnya penderitaan akhirat itu; kesusahan
dunia ini akan terasa benar pada diri kita. Hendak bangunkan sembahyang pun
kita akan terasa susahnya. Hendak menutup aurat pun kita akan terasa
payahnya. Hendak berkorban sedikitpun kita akan terasa susahnya. Orang fitnah
kita sedikitpun kita dah mula risau dan gelisah. Akhimya tidak mahu langsung
kita mengerjakan suruhan Tuhan. Maka, kita sudah ditipu oleh penderitaan
dunia. Apakah boleh kita mengetahui sama ada kits tertipu atau tidak di dalam
kehidupan kita ini? Jawabnya, boleh. Kita boleh mengetahui sama ada diri kita
ini tertipu atau tidak. Kalau mata hati kita ini tidak sedar bagaimana kita
hendak memimpin diri kita, itu maknanya yang kita sudah tertipu. Tetapi kalau
sekiranya seorang itu sentiasa sedar betapa dia amat dhaif,dia mesti
beribadah sedar dia akan berhadapan dengan negeri akhirat, orang ini adalah
orang yang tidak tertipu.
Kemudian,
kalau seorang itu, hatinya tidak terbuka untuk melihat kebenaran, tidak
terbuka untuk beribadah kepada Allah, tidak langsung ingat yang satu hari
nanti dia akan mati dan akan berhadapan dengan negeri akhirat, orang ini
ialah orang yang tertipu. Orang ini kekal dalam kebutaan hatinya, buta hati
untuk melihat kebenaran. Yang dia nampak hanya dunia semata-mata.
Kalau
sekiranya seorang itu, mata hatinya sudah buta hingga dia tidak nampak
kebenaran dan tidak sedar yang dia mesti beribadah kepada Allah agar dia
terselamat dari penderitaan yang maha dahsyat di akhirat, orang ini akhimya
akan menjadikan hawa nafsunya sebagai pemimpinnya dan dia akan menjadikan
syaitan sebagai orang yang akan memberikan petunjuk hidupnya. Dan bila hawa
nafsu dijadikan ikutan, seolah-olah hawa nafsu itulah yang menjadi Tuhannya,
bukan Allah. Dan sebab itulah di dalam AIQuran Allah berfirman kepada
orang-orang yang mengikut dorongan nafsunya dan menolak panggilan dari
Tuhannya, dalam firman yang bermaksud: "Apakah kamu tidak menyaksikan
(Ya Muhammad), ada orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan."
(Al Furqan: 43)
Demikianlah
hakikat orang yang tertipu hingga tertutup pintu hatinya daripada melihat
kebenaran. Akhirnya, nafsu dan syaitan menjadi petunjuk dan ikutannya hingga
Allah mengatakan bahawa orang ini telah menjadikan nafsu sebagai Tuhannya.
Dengan sebab itu, oleh kerana penipuan itu merupakan ibu segala kecelakaan
dan punca segala penderitaan, maka patut sekali kita terangkan tentang
jalan-jalan dimana segala penipuan itu boleh lalu. Patut sekali kita ketahui
macam mana penipuan itu boleh berlaku pada diri kita. Dan patut sekali kita
ketahui, bentuk-bentuk penipuan yang banyak sekali berlaku. Mudah-mudahan
dengan kita ketahui bagaimana penipuan boleh berlaku, pintu-pintu penipuan
itu berlaku serta bentuk-bentuk penipuan itu, kita akan dapat memimpin diri
kita agar selamat di akhirat dan terhindar dari kecelakaan dan penderitaan.
Ada pun, orang yang dapat mengenal pintu masuknya perkara perkara yang hendak
merosakkan dirinya, itulah orang yang mendapat taufik daripada Allah SWT.
Sebaliknya, orang yang tidak kenal perkara perkara yang boleh merosakkannya,
perkara-perkara yang boleh menjahanamkan kehidupannya dan perkara-perkara
yang boleh menghancurkan imannya, orang ini tidak mendapat taufik dari Allah
SWT. Dan orang yang dapat mengetahui perkara perkara yang akan merosakkan
dirinya, dia akan mengawasinya dan dia akan sentiasa berjaga jaga. Tetapi
kalau seorang itu tidak tahu perkara-perkara yang boleh merosakkannya, boleh
jadi dia sudah sesat tetapi dia tidak sedar yang dia sesat. Dia sudah
terjebak dengan kemungkaran tetapi dia tidak sedar. Orang ini, kalau dia
mati, dia tidak sedar yang dia mati dalam kesesatan dan kederhakaan kepada
Allah SWT.
-kuliah
guruku ASZ-
|
Wednesday, 3 July 2013
TASAWUF - BAB PENIPUAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment