Tujuh Sunnah Rasulullah yang perlu diamalkan oleh sekelian
muslimin-muslimat ialah :
1. Solat Tahajjud
Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur
malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 atau
4 pagi. Jumlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat. Di antara fadhilatnya :
Mendapat pengawasan
Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
Dikasihi oleh para
ahli ibadah dan org mukmin.
Percakapannya
menjadi hikmah dan bijaksana.
Dimudahkan hisab ke
atasnya.
Mendapat catatan
amal dari tangan kanan.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta
kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang
tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat
di tempat Yang Terpuji. (Al-Isra : 79)
2. Membaca Al-Qur'an Sebelum Terbit Matahari
Membaca Al-Quran merupakan salah satu sunnah Rasulullah
terutamanya membaca Al-Quran pada waktu sebelum terbitnya matahari. Besar
pahala bagi orang yang mebaca Al-Quran dan mentadabbur isinya. Jadikan Al-Quran
sebagai panduan hidup dan jangan dijadikan Al-Quran sebagai bacaan bacaan
sahaja. Jadikan Al-Quran sebagai bacaan, panduan dan membudayakan Al-Quran
dalam setiap perkara dalam kehidupan kita. Firman Allah yang bermaksud :
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan Yang
amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita Yang mengembirakan orang-orang
Yang beriman Yang mengerjakan amal-amal soleh, Bahawa mereka beroleh pahala
Yang besar.” (Al-Isra : 9)
3. Jangan Tinggalkan Masjid
Solat yang lebih baik adalah solat berjamaah di masjid,
kerana pahala orang yang solat berjamaah di masjid sangat besar dan pahalanya
dikira pada setiap langkahnya ke masjid dan ia juga akan memperolehi pahala
berjamaah sebanyak 27 pahala. Hadis Nabi Muhammad SAW yang bermaksud :
"Sungguh, alangkah ingin aku menyuruh (para sahabat)
melakukan solat, dan aku suruh seseorang untuk mengimaminya, kemudian aku pergi
bersama beberapa orang yang membawa beberapa ikat kayu api menuju (rumah)
orang-orang yang tidak ikut solat berjemaah, untuk membakar rumah mereka dengan
api."
4. Solat Dhuha
Solat Sunat Dhuha adalah solat yang yang sangat dianjurkan
oleh Rasulullah kepada umatnya, kerana solat sunat Dhuha ini banyak
kelebihannya. Di antara kelebihannya ialah pintu rezeki dibuka dan dimurahkan
rezeki. Waktu solat sunat Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah
dan berakhir di waktu matahari tergelincir. Rasullullah SAW pernah bersabda
yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota
seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu
sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang
demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat
Al-Bukhari dan Muslim)
5. Sedekah
Sedekah ialah seseorang itu mengorbankan sedikit hartanya
untuk diberikan kepada orang yang memerlukan dengan hati dan perasaan yang
ikhlas kerana Allah. Bagi orang yang rajin bersedekah, Allah akan gandakan
setiap sedekahnya dengan rezeki yang melimpah. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan jangan sekali-kali orang-orang Yang bakhil Dengan harta
benda Yang telah dikurniakan Allah kepada mereka dari kemurahanNya - menyangka
Bahawa keadaan bakhilnya itu baik bagi mereka. bahkan ia adalah buruk bagi
mereka. mereka akan dikalongkan (diseksa) Dengan apa Yang mereka bakhilkan itu
pada hari kiamat kelak. dan bagi Allah jualah hak milik Segala warisan (isi)
langit dan bumi. dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui Dengan mendalam akan
Segala Yang kamu kerjakan. (mukjizat) Yang nyata dan Dengan (korban) Yang
katakan, maka membunuh mereka, jika kamu orang-orang Yang benar (dalam apa Yang
kamu dakwakan itu)?" (Al-Imran : 180)
6. Jaga Wudhuk Terus Menerus
wudhu adalah salah satu cara untuk menyucikan diri dari hadas
kecil. Orang yang menjaga wuduknya akan disayangi oleh Allah. Kata khalifah Ali
bin Abu Thalib :
"Orang yang selalu berwudhuk senantiasa ia akan merasa
selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua
doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
7. Istighfar Setiap Masa
Istighfar ialah memohon keampunan dari Allah atas segala dosa
dan kesalahan yang telah dilakukan dan berjanji kepada Allah tidak akan
mengulangi kesalahan tersebut. Firman Allah yang bermaksud :
“Dan Allah tidak sekali-kali akan menyeksa mereka, sedang
Engkau (Wahai Muhammad) ada di antara mereka; dan Allah tidak akan menyeksa
mereka sedang mereka beristighfar (meminta ampun).” (Al-Anfal : 33)
No comments:
Post a Comment