Apa
Nak Jadi Dengan Orang Kita
Assalamulaikum
Warahmatullah
Disini
banyak contoh yg kita boleh pelajari dari negara sumber segala maksiat ini
iaitu Amerika Syarikat. Kerana telah hampir 15 tahun disini ingin saya
berkongsi pengalaman dan muga kita dapat belajar darimasalah yg mereka hadapi.
Point yg perlu saya kira ketika baik berhujah atau berbincang atau berdemo
bukan saja (seperti kain rentang "respect Ramadan" ..SYABAS kepada mereka
pejuang kebenaran) setakat mahukan pihak lain menghormati Islam dan semangat
ketuanan org Melayu.
Apa
hujah kita jika mereka kata, "Respect our needs to..to party and have a
good time". Walaupun semangat ketuanan Melayu itu penting 'Allah tidak
akan mengangkat martabat kita jika apa yg kita mahukan tidak selari dgn apa yg
Allah mahukan buat kita'. Allah tidak menyuruh kita bermegah dgn bangsa kita.
Dalam kutbah terakhir Rasulullah (saw) baginda telah tekankan akan tiadanya
perbezaan antara Arab dan bukan Arab. Hanya ketaqwaan yg menjadi kayu penyukat
martabat seseorang itu disisi Allah. Kita punya kebenaran yg mutlak iaitu Islam
dan segala ajarannya diberi oleh Allah Taala inilah sepatutnya jadi kemegahan
kita.
Point
yg saya kira perlu diketengahkan antara lain hasil kajian saintifik dalam
bidang psikologi, sociology , perubatan dll yg berkait akibat dari
masalah-masalah ini. Ini sangat-sangatlah penting supaya kaum bukan Islam boleh
menghargai dan faham kenapa Allah turunkan segala bentuk larangan kepada org
Islam. Berbalik kepada permasalahan dibarat. Di sini saya sedar masalah-masalah
ini telah pun bermula diMalaysia tapi masih diperingkat permulaan dan masih
boleh diubati. Masyarakat mereka walaupun maju ekonominya masalah social dan
kehidupan masyarakat mereka umumnya sedang mengalami masalah yg kronik.
Setengah negara Eropah mentertawakan US....diUS semuanya boleh. Masyarakat US
tidak mempunyai sebarang cultural roots yg mantap. Mereka seolah-olah sedang
mengalami masalah jiwa yg kronik. Mereka begitu mementingkan 'instant
gratification'. Apa saja yg mereka inginkan ketika itu ianya mahu dipenuhi
secepat mungkin. Ini termasuklah kekayaan(duit dan harta benda - mereka
berkerja amat keras) , rupa paras (cosmetic surgery antara cabang business yg
paling maju), 'having good time' (mereka suka sangat berparty-lengkap dgn arak
mengalir macam sungai, wanita, sex dan dadah), kasih sayang (malangnya ramai
dari mereka 'are looking at the wrong places'. Ibu bapa , saudaramara tidak
dikasihi tapi dimasa yg sama mereka kerap bertukar pasangan baik suami/isteri
maupun boyfriend/girlfriend dalam mencari cinta sejati), makanan dan minuman
(makanan mereka mewah) dan banyak pembaziran dan apasaja yg diingini oleh
manusia biasa.
Apakah
kita mahu menjadi seperti mereka. Bukan saja Islam memandangkeji akan segala
maksiat ini, orang bukan Islam yg sensitif kepada masalah akhlak turut
menentang culture sebegini. Saya percaya peminum arak walaupun tidak sampai
ketagih membawa bermacam ke mudaratan bukan saja mudarat kepada kesihatan tapi
juga membawa imej buruk kepada sipeminum lambat laun masyarakat akan 'pay the
price' dgn bertambahnya kadar jenayah dan pertambahan jumlah individu
bermasalah .
Begitu
juga merokok yg boleh menyebabkan kanser paru-paru dan bermacamlagi penyakit yg
bersangkutan. Saya rasa tentu ramai DR yg boleh menulis dgn lebih terperinci
mengenai masalah kesihatan penagihan arak, penagihanrokok dan dadah. Begitu
juga masalah ke sihatan hasil perhubungan sex bebas. Mendidik masyarakat
tentang bahaya dan akibat masalah social bukan saja kpd individu tetapi juga
masyarakat umumnya adalah sangat penting. Islam menghalang segala maksiat bukan
saja kerana perbuatan itu buruk tetapi juga akibat dari perbuatan itu yg
merosakkan individu dan juga masyarakat sekeliling. Isu masalah ketagihan arak
boleh kita lihat amat serious di Amerika Syarikat . Tahap umur mula ketagihan
arak makin menurun setiap tahun. Makin ramai yg mula minum arak sejak umur
belasan tahun. Mereka terpaksa menubuhkan 'Alcoholic Anonymous' kalau saya tak
silap utk membantu mereka yg terlalu kronik ketagihan arak.
Mahukah
kita terpaksa menasihati anak-anak kita dari darjah tiga dan empat akan bahaya
ketagihan arak?. Mahukah kita lihat arak dijual dikedai-kedai runcit?. Ini tidak
mustahil terjadi dalam 10 tahun kehadapan kalau sudah ramai yg menerima arak
sebagai minuman biasa seperti di turki. Percampuran bebas/ hilangnya maruah/
anak luar nikah. Kalau sudah terlalu ramai anak luar nikah tidakkah kita risau
apabila tiba masa kita hendak mencari jodoh utk anak-anak kita kelak. Bagaimana
pula dgn rakan sedarjah mereka hendakkah kita anak-anak kita yg masih bersih
berkawan dgn anak luar nikah yg ibu atau bapanya tak keruan peribadi dan
matlamat hidup mereka?. Hendakkah kita sipenjual karipap disiang hari malamnya
ada kerja maksiat lain. Mahukah kita terpaksa mengajar anak-anak kita yg masih
setahun jagung tentang bahaya aids, dan segala macam 'sexually transmitted
diseases'. Mahukah kita menjadi tidak bebas lagi utk makan diluar kerana
takutkan penyakit si Penyedia makanan!
Masalah
maksiat ini adalah masalah KITA SEMUA. Kita perlu bersuara lebih keras dan
lantang. Jika kita tidak berbuat sesuatu sekecil mana pun kearah membenteras
dan menutup segala punca maksiat ini dimasa depan mungkin bukan masa kita tapi
masa depan masa anak-anak kita.
rayyan100@hotmail.com
No comments:
Post a Comment