|
KISAH
WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH S.A.W.
Diriwayatkan
bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada
hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].
Pada
masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini
turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi
dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w.
bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan.
Setelah
itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:
"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."
Sebaik
sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke
Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para
sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah
diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang
demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah
sempurna. Agama kila telah sempuma."
Apabila
Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak
dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu
dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke
malam.
Kisah
tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain,
maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka
berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis
sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama
kita telah sempuma." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu
Bakar r.a. pun berkata:
"Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kila dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."
Selelah
mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan
kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan
sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain,
maka mereka pun terus beritahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka
lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah
s.a.w., kami baru bailk dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak
orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka
berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah
Abu Bakar r.a..
Sebaik
sahaja Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar r.a. maka Rasulullah
s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya: "Wahai para
sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?." Kemudian Ali r.a. berkata:
"Ya Rasulullah s.a.w., Abu Bakar r.a. mengatakan dengan turunnya ayat
ini membawa tanda bahawa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya
Rasulullah?." Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Semua yang dikata
oleh Abu Bakar r.a. adalah benar, dan sesungguhnya masa untuk aku
meninggalkan kamu semua telah hampir dekat."
Sebaik
sahaja Abu Bakar r.a. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun
menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pengsan, sementara Ali r.a. pula
mengeletar seluruh tubuhnya. Dan para sahabat yang lain menangis dengan
sekuat-kuat yang mereka mampu. Sehingga gunung-gunung, batu-batu, semua
malaikat yang dilangit, cacing-cacing dan semua binatang baik yang di darat
mahu-pun yang di laut turut menangis.
Kemudian
Rasulullullah s.a.w. bersalam dengan para sahabat satu demi satu dan
berwasiat kepada mereka. Kisah Rasulullah s.a.w. mengalami hidup selepas
turunnya ayat tersebut, ada yang mengatakan 81 hari, ada pula yang mengatakan
beliau hidup sehingga 50 hari selepas turunnya ayat tersebut, ada pula yang
mengatakan beliau hidup selama 35 hari dari ayat tersebut diturunkan dan ada
pula yang mengatakan 21 hari.
Pada
saat sudah dekat ajal Rasulullah s.a.w., beliau menyuruh Bilal azan untuk
mengerjakan solat, lalu berkumpul para Muhajirin dan Anshar di masjid
Rasulullah s.a.w.. Kemudian Rasulullah s.a.w. menunaikan solat dua raka'at
bersama semua yang hadir. Setelah selesai mengerjakan solat beliau bangun dan
naik ke atas mimbar dan berkata:
"Alharndulillah, wahai para muslimin, sesungguhnya saya adalah seorang nabi yang diutus dan mengajak orang kepada jalan Allah dengan izinnya. Dan saya ini adalah sebagai saudara kandung kamu, yang kasih sayang pada kamu semua seperti seorang ayah. Oleh itu kalau ada sesiapa yang mempunyai hak untuk menuntut, maka hendaklah ia bangun dan membalasi saya sebelum saya dituntut di hari kiamat."
Rasulullah
s.a.w. berkata demikian sebanyak 3 kali kemudian bangunlah seorang lelaki
yang bernama 'Ukasyah bin Muhshan dan berkata: "Demi ayahku dan ibuku ya
Rasulullah s.a.w., kalau anda tidak mengumumkan kepada kami berkali-kali
sudah tentu saya tidak mahu mengernukakan hal ini." Lalu 'Ukasyah
berkata lagi: "Sesungguhnya dalam Perang Badar saya bersamamu ya
Rasulullah, pada masa itu saya mengikuti unta anda dari belakang, setelah
dekat saya pun turun menghampiri anda dengan tujuan supaya saya dapat mencium
paha anda, tetapi anda telah mengambil tongkat dan memukul unta anda untuk
berjalan cepat, yang mana pada masa itu saya pun anda pukul pada tulang rusuk
saya. Oleh itu saya hendak tahu sama ada anda sengaja memukul saya atau
hendak memukul unta tersebut."
Rasulullah
s.a.w. berkata: "Wahai 'Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu."
Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal r.a.: "Wahai Bilal, kamu
pergi ke rumah Fatimah dan ambilkan tongkat aku ke mari." Bilal keluar
dari masjid menuju ke rumah Fatimah sambil meletakkan tangannya di alas
kepala dengan berkata: "Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk
dibalas [diqishash]."
Setelah
Bilal sampai di rumah Fatimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk
pintu. Kemudian Fatimah r.a. menyahut dengan berkata: "Siapakah di
pintu?." Lalu Bilal r.a. berkata: "Saya Bilal, saya telah
diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. unluk mengambil tongkat
beliau."Kemudian Fatimah r.a. berkata: "Wahai Bilal, untuk apa
ayahku minta tongkatnya." Berkata Bilal r.a.: "Wahai Fatimah,
Rasulullah s.a.w. telah menyediakan dirinya untuk diqishash." Bertanya
Fatimah. r.a. lagi: "Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya
untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?."Bilal r.a. tidak menjawab
perlanyaan Falimah r.a., sebaik sahaja Fatimah r.a. memberikan tongkat
tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w.
Setelah
Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal r.a. maka beliau pun
menyerahkan kepada 'Ukasyah. Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar r.a.
dan Umar r.a. tampil ke hadapan sambil berkata: "Wahai 'Ukasyah, janganlah
kamu qishash baginda s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua." Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. maka
dengan segera beliau berkata: "Wahai Abu Bakar, Umar, duduklah kamu
berdua sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatnya untuk kamu
berdua." Kemudian Ali r.a. bangun, lalu berkata: "Wahai
"Ukasyah! Aku adalah orang yang sentiasa berada di samping Rasulullah
s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w."
Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: "Wahai Ali, duduklah kamu sesungguhnya
Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu."
Setelah
itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: "Wahai 'Ukasyah, bukankah
kamu tidak tahu bahawa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu
menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w." Mendengar
kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai buah hatiku,
duduklah kamu berdua." Berkata Rasulullah s.a.w. "Wahai 'Ukasyah
pukullah saya kalau kamu hendak memukul." Kemudian 'Ukasyah berkata:
"Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak
memakai baju." Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju, sebaik sahaja
Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir.
Sebaik
sahaja 'Ukasyah melihat tubuh badan Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium
beliau dan berkata; "Saya tebus anda dengan jiwa saya, ya Rasulullah
s.a.w. siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab
saya hendak menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t dengan
badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan
kehormatanmu." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah kamu
sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya."
Kemudian
semua para jemaah bersalam-salaman atas kegem-biraan mereka terhadap
peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata:
"Wahai 'Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau
telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di
dalam syurga."Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin hampir maka beliau
pun memanggil para sahabat ke rumah Siti Aisyah r.a. dan beliau berkata:
"Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua,
saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t.
dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya
dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba
kepada Allah s.w.t dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku
maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abas hendaklah mcnuangkan air
dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kapanilah
aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kapanilah aku
dengan kain yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah
kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu
kamu semua keluarlah sebentar mening-galkan aku. Pertama yang akan
menshalatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan menshalat aku ialah
Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan
yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya.
Setelah itu baru kamu semua masuk beramai-rarnai bershalat ke atasku."
Sebaik
sahaja para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka
mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata: "Ya Rasulullah
s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua,
yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penernuan kami dan sebagai
penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada
siapakah yang akan kami tanya setiap persoalan yang timbul
nanti?."Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: "Dengarlah para
saha-batku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang
terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu
daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara
itu ialah AI-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu
persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada
AI-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia
dengan mengambil pengajaran dari mati."
Setelah
Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula.
Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi
oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w.
diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit
Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal r.a. selesaikan azan subuh,
maka Bilal r.a. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal r.a.
di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal r.a. pun memberi salam: "Assalaarnualaika
ya rasulullah." Lalu dijawab oleh Fatimah r.a.: "Rasulullah s.a.w.
masih sibuk dengan urusan beliau." Setelah Bilal r.a. mendengar
penjelasan dari Fatimah r.a. maka Bilal r.a. pun kembali ke masjid tanpa
memahami kata-kata Fatimah r.a. itu.
Apabila
waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah
Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam
Bilal r.a. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan baginda berkata;
"Masuklah wahai bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh
itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimarnkan solat subuh berjemaah dengan mereka
yang hadir." Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka
Bilal r.a. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas
kepala dengan berkata: "Aduh musibah." Sebaik sahaja Bilal r.a.
sarnpai di masjid maka Bilal r.a. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang
telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya.
Abu
Bakar r.a. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka
dengan suara yang keras Abu Bakar r.a. menangis sehingga ia jatuh pengsan.
Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah dalam masjid, sehingga Rasulullah
s.a.w. bertanya kepada Fatimah r.a.; "Wahai Fatimah apakah yang telah
berlaku?." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Kekecohan kaum muslimin,
sebab anda tidak pergi ke masjid." Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil
Ali r.a. dan Fadhl bin Abas, lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua
mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid
maka beliau pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.
Setelah
selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai kaum
muslimin, kamu semua sentiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah, oleh
itu hendaklah kamu semua bertaqwa kcpada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala
perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan
hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di
dunia."
Setelah
berkala demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian
Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail: "Wahai lzrail, pergilah
kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak
mencabut rohnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut
sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah lerlebih dahulu,
kalau ia izinkan kamu masuk, maka masukiah kamu ke rumahnya dan kalau ia
tidak izinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku."
Sebaik
sahaja malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal
lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail
sampai di hadapan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam:
"Assalaamu alaikum yaa ahia baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a
adkhulu?" [Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian,
wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?"
Apabila Fatimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata;
"Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang
semakin berat."
Kemudian
malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan
malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w.
bertanya kepada Falimah r.a.: "Wahai Fatimah, siapakah di depan pintu
itu." Maka Fatimah r.a. pun berkata: "Ya Rasulullah, ada seorang
Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang
sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga saya
merasa mcnggigil badan saya." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata;
"Wahai Fatimah, tahu-kah kamu siapakah orang itu?." Jawab Fatimah;
"Tidak ayah." Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan
memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan
dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur." Fatimah r.a.
tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat
perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya.
Apabila
Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah r.a. maka beliau pun berkata:
"Janganlah kamu menangis wahai Fatimah, engkaulah orang yang pertama
dalam keluargaku akan bertemu dengan aku." Kemudian Rasulullah s.a.w.
pun menjemput malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan
mengucap: "Assalamuaalaikum ya Rasulullah." Lalu Rasulullah s.a.w.
menjawab: "Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku
atau untuk mencabut rohku?" Maka berkata malaikat lzrail:
"Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut rohmu, itupun
kalau kamu izinkan, kalau kamu tidak izinkan maka aku akan
kembali." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Wahai lzrail, di manakah kamu
tinggalkan Jibril?" Berkata lzrail: "Saya tinggalkan Jibril di
langit dunia, semua para malaikat sedang memuliakan dia."
Tidak
beberapa saat kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk dekat kepala
Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s.
maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa
ajalku sudah dekat" Berkata Jibril a.s.: "Ya aku memang tahu."
Rasulullah s.a.w. bertanya lagi: "Wahai Jibril, beritahu kepadaku
kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t." Berkata
Jibril a.s.: "Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para
malaikat bersusun rapi menanti rohmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga
telah dibuka, dan kesemua para bidadari sudah berhias menanti kehadiran
rohmu."
Berkala
Rasulullah s.a.w.: "Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang
umatku di hari kiamat nanti." Berkata Jibril a.s.: "Allah s.w.t.
telah berfirman yang ber-maksud: "Sesungguhnya aku telah melarang
semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu,
dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki
syurga." Berkata Rasulullah s.a.w.: "Sekarang aku telah puas hati
dan telah hilang rasa susahku." Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata:
"Wahai lzrail, dekatlah kamu kepadaku."
Selelah
itu Malaikat lzrail pun memulakan tugasnya, apabila roh nya sampai pada
pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, alangkah
dahsyatnya rasa mati." Jibril a.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah
s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s.
itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: "Wahai Jibril, apakah kamu tidak
suka melihat wajahku?" Jibril a.s. berkata: "Wahai kekasih Allah,
siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul
maut?"
Anas
bin Malik r.a. berkata: "Apabila roh Rasulullah s.a.w. telah sampai di
dada beliau telah bersabda: "Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua
menjaga shalat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu." Ali r.a.
berkata: "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat
terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya
meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: "Umatku,
umatku." Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: "Malaikat Jibril
a.s. telah berkata kepadaku; "Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t.
telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat
ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor
ikan dari laut tcrsebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan
tersebut akan menjadi batu."
|
Wednesday, 3 July 2013
WAHYU TERAKHIR RASULULLAH S.A.W.
Labels:
RASULULLAH S.A.W.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment