Kesan Zikir
Kepada Otak
Otak berfungsi melalui
aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang
dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia
beroperasi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini
berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita
lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada
aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat
Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif.
Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf
otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini
menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan
kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain
untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak
mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin
kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar
dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan
menerima kebenaran.
Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini
dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu
kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui
ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka
dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan
perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan
melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan
aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai
perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada
kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan
baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan
pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang
diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak
dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat
baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan
menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan
berzikir dan mengabaikannya.
No comments:
Post a Comment