Makanan dan Hikmahnya dalam Islam
Sumber: Association of Malaysian Students at University
of Southern California
Senarai Makanan Dan Hikmahnya
Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum
yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk
sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang
sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam
gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti
dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah
menghormati roti itu".
Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan
dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas
dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu
disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.
Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya
juga boleh menguatkan organ hati.
Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah
pinggang dan memudahkan kelahiran anak.
Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan
dengan madu lebah.
Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah
s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.
Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati,
memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.
Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk
menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis
makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.
Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.
Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan
kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.
Lobak merah ………….. Kegunaannya memanaskan badan. Ianya
juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah,
menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.
Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda
"Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit
kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala
menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin
dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat
yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.
Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik
untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika
dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah
daging ayam betina yang tidak bertelur.
Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya
sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran
(rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk
dunia.
Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi
asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, "Limau ini adalah
seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu". Limau ini menguatkan organ
hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit,
menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.
Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan
pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.
Jintan putih (kammun) Jintan putih khasiatnya untuk
memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah
baik untuk mengubat perut yang memulas.
Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar
atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah
menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk
menghapuskan parut yang tidak diingini.
Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan
benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama
daging.
Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada
telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur
melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada
kulit.
"Endive" (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada
awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak
berkhasiat lagi. Hadith menyatakan "makanlah hindiba dan janganlah
bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak
jatuh ke atas hindiba".
Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda "jika umatku tahu apa
yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas".
Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan
sakit perut(memulas).
Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya
ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda,
"Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana
sebenarnya inilah buah syurga". Oleh itu makanlah buah fin kerana
khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.
Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan
tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan
yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan
Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya
membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan
sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan
serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda "Sesiapa yang memakan pohon ini
maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama
kami."
Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai
penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat
pada makanan.
Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al
Insan) firman Allah Taala yang bermaksud "Dan mereka dalam Syurga
itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil".
Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.
Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya
menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit
kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat
sangat
panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang
terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai.Memakai inai pada kuku, tangan dan
kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.
Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau
manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit
cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya,
minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu
di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan
sejuta penyakit keluar darinya." Rasulullah sendiri mengamalkan meminum
madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi
ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu
yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring),
seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu
yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).
Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis
kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya
tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan
kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair
dan menghapuskan kesombongan.
Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk
dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit
gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya
juga melemahkan penglihatan.
Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang
yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan
kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut
juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara
sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya> bersifat
panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan
yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat
pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina
berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai
makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang
memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.
No comments:
Post a Comment