Sabar
Menghadapi Ujian Hidup
Dan
ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang
tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan
keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia
semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan dunia dan
akhirat, itulah kerugian yang terang nyata. Ia menyeru dan menyembah
makhluk-makhluk yang lain dari Allah, yang tidak dapat membahayakannya dan
tidak dapat mendatangkan kebaikan kepadanya; itulah kesesatan yang jauh
terpesong. Ia menyeru dan menyembah makhluk yang (dengan perbuatan demikian)
mudaratnya lebih dekat dari manfaat yang diharapkannya; demi sesungguhnya
seburuk-buruk penolong dan seburuk-buruk sahabat karib ialah makhluk yang
diseru dan disembahnya itu. AlHajj :11-13
Intisari
ayat
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.
Dalam ayat di atas, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa orang yang tidak tetap imannya akan gembira apabila mendapat nikmat dan kebaikan. Sebaliknya akan murtad dan kafir apabila ditimpa bala bencana. Mereka sanggup menyembah selain Allah S.W.T. dengan harapan untuk melepaskan diri mereka daripada bala yang menimpa. Mereka akan mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Mereka termasuk dalam golongan yang sesat.
Huraian
ayat
Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.
Kedua:
Allah S.W.T. menjadikan manusia dalam keadaan yang berbeza beza sama ada diberi kesenangan, kesusahan, kelemahan, kemiskinan, kelaparan dan sebagainya. Setiap yang diturunkan adalah untuk menguji keimanan seseorang hambaNya.
Kedua:
Dalam
menghadapi ujian daripada Allah S.W.T., orang yang beriman menerima
ujian tersebut dengan sabar dan tabah kerana mereka sedar setiap perkara yang
berlaku pada dirinya adalah ketentuan daripada Allah S.W.T.
Manakala
bagi golongan yang tidak beriman, mereka akan kecewa, putus asa, menyalahkan
takdir Allah S.W.T. dan sanggup melakukan kemungkaran supaya terlepas
daripada kesusahan yang menimpanya. Terdapat antara mereka yang meninggalkan
agama Islam kerana terpengaruh dengan agama lain yang menjanjikan kemewahan
hidup di dunia.
Ketiga:
Ketiga:
Orang-orang
mukmin yang diuji dengan berbagai-bagai kesusahan hidup di dunia dan bersabar
menghadapinya akan mendapat kedudukan yang mulia disisi Allah S.W.T. Orang
yang demikian beroleh pahala yang lebih tinggi daripada orang-orang yang
mengerjakan ibadat lain.
Firman
Allah, maksudnya: "demi sesungguhnya Kami menguji kamu dengan sedikit
perasaan takut (kepada musuh) dan lapar (dengan berlakunya) kekurangan harta
benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang
yang sabar." surah Al-Baqarah: ayat 155
Keempat:
Ujian dan dugaan yang dihadapi oleh seseorang menunjukkan bahawa dirinya termasuk dalam golongan yang diberi keistimewaan oleh Allah S.W.T. Kesusahan yang ditanggung menjadi pembersih dirinya daripada berterusan melakukan perkara perkara tidak baik.
Firman Allah, maksudnya:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan mengatakan 'Kami telah beriman' sedangkan mereka belum lagi diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah S.W.T. mengetahui orang yang benar dan orang yang dusta. "Surah Al-Ankabut: ayat 2-3.
Kelima:
Sabar
ialah sifat yang mulia bagi orang-orang mukmin. Sifat tersebut dapat menempuh
apa-apa yang terjadi di sekeliling. Itulah sebabnya "sabar" menjadi salah satu
daripada nama-nama Tuhan yang agung (yang Maha Penyabar). Tuhan tidak akan
memberi pembalasan kepada hambaNya yang melakukan
kesalahan dengan segera.
kesalahan dengan segera.
Sabar terbahagi kepada beberapa jenis antaranya termasuklah:
i. Sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T.
ii. Sabar melawan nafsu.
iii. Sabar terhadap sebarang dugaan yang terjadi pada diri seperti kematian, kebakaran, banjir dan sakit..
i. Setiap orang Islam hendaklah sabar mengerjakan perintah Allah S.W.T. Perintah tersebut hendaklah dikerjakan dengan sepenuh kesabaran, keikhlasan, tekun dan berkekalan.
ii. Sabar menahan daripada berbuat maksiat ialah berjaya menentang segala godaan yang tidak baik terhadap dirinya. Kesabaran yang lahir ini adalah kesan daripada kepercayaan dan keyakinan serta azam yang kuat untuk mencapai keredhaan Allah S.W.T.
iii. Setiap orang mukmin hendaklah sabar terhadap segala kejadian yang tidak baik yang berlaku pada dirinya sama ada harta, pangkat, kedudukan, keluarga atau sebagainya.
Bentuk ujian keatas manusia.
a. Ujian kesenangan seperti nikmat kesihatan dan kekayaan
b. Ujian kesusahan seperti kemiskinan, sakit dan sebagainya.
c. Ujian ke atas orang perseorangan
d. Ujian ke atas kumpulan, masyarakat atau jemaah.
e. Allah S.W.T. menjelaskan setiap orang mukmin pasti diuji oleh Allah S.W.T.
Kepentingan sabar
a. Mendapat darjat pahala yang tinggi disisi Allah S.W.T.
b. Melapangkan hati, tidak merasa runsing atau dukacita.
c. Segala urusan dunia dan akhirat menjadi mudah.
d. Mendapat berkat daripada Allah S.W.T.
e. Selamat dari gangguan mental dan emosi.
Fakta2 Penting
a. Orang Islam hendaklah bersyukur apabila menerima kurniaan Allah dan bersabar apabila menerima ujian daripadaNya
b. Maruah diri, agama dan bangsa hendaklah dijaga di samping mengejar kemewahan hidup di dunia.
c. Kesenangan dan kesusahan adalah merupakan ujian Allah terhadap hambaNya.
d. Orang yang tidak beriman menerima ujian daripada Allah dalam keadaan resah gelisah serta kecewa.
e. Islam melarang umatnya mempercayai perkara-perkara karut kerana perbuatan tersebut mendatangkan kesan yang tidak baik terhadap individu dan masyarakat Islam
Dipetik dari laman web Ustaz Yusof Embong
No comments:
Post a Comment